Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

makanan pelik

on Selasa, 1 November 2011
Bagi orang barat, Negara Asian ada banyak makanan pelik-pelik yang kalau bagi kat aku pun aku tak sangup nak makan.Tapi tak semua sebab taste orang barat memang lain padahal diorang punya Negara pun lagi pelik-pelik jer makanan. Macam sushi kat jepun..memang aku tak makan sushi sebab tak boleh blah makan ikan mentah..baik aku makan ikan bakar jer..Antara makanan yang dikatakan pelik,mengelikan,kotor dan membunuh kat asian ni macam kat bawah ni.
Sweet/cute Food

nak tahu apa dia sila tekan READMORE


1 Otak Beruk (Monkey Brains)



Kalau otak lembu mesti korang pernah tengok kat pasar rayakan. Tak caya pergi tengok kat Mydin. Besar setepek jer dia jual. Korang belilah sekilo. Ada orang cakap sedap...tapi dulu orang tua-tua cakap makan otak lembu ni jadi bodoh..tapi pelik diorang suka pula makan. Tapi kalau otak monyet ni korang sangup tak makan.Pastu siap hias baik punya dengan kepala beruk tu sekali.

Monyet comel 

Otak Monyet
Otak monyet ni makan istemewa dekat negara China. Diorang ni memang suka makanan exotik macam ni..sebab tu bila tua memang kerepot habis. Kalau korang makan otak beruk ni korang ada potensi mendapat penyakit lembu gila. 


2 Ikan Buntal ( FUGU)
Saper tak tau ikan buntal ni apa silalah rajin2 memancing..kalau dapat satu ikan yang kejap kurus kejap gemuk tu yang tu lah ikan buntal. Ikan buntal ni memang ada racun tapi isi dia memang sedap sampai menjilat jari. Tapi kalau nak masak ikan tu kenalah pro bab masak memasak ni sebab nak siang ikan buntal ni kena ada cara dia kalau tak racun yang ada dalam ikan ni akan membunuh korang kalau korang lambat dapatkan pemeriksaan. 
Ikan Buntal

Fugu
Dekat Jepun ikan ni hanya boleh dimasak oleh chef yang ada lesen jer..tarak lesen korang tak boleh masak. giler undang-undang keselamatan kat sana. Tu maknanya ramai orang jepun tak pandai masak lah tu sebab mak aku relek jer masak. Mati disebabkan racun ikan buntal ni sangat teruk sebab mula-mula korang akan terasa kebas pastu sakit dan kemudian lumpuh.Masa korang lumpuh tu otot diafragma korang akan jem. Korang akan sesak nafas pastu say hye hye bye bye.


3 Sup Kelawar Thai (Thai Bat Soup)
Ini kalau Keluang Man tengok mesti kecewa giler sebab kengkawan dia kena bunuh dan dijadikan santapan. Tiung man pun siap bersimpati lagi. Sup kelawar ni macam masak tikus juga. Memang aku tak berminat lah kalau bagi aku menu macam ni. Exotik lah sangat. 
Sup kelawar 3 rasa....korang mesti suka

Bat soup..nyum nyum
 Kalau korang nak tau makanan berasaskan kelawar ni perlu dimasak dengan betul. Kalau tak korang boleh maut sebab daging kelawar dan tikus ada perasit atau patogen yang akan serang korang punya sistem ketahanan badan. Lepas tu korang akan jatuh sakit dan terus mati. 


4 Ubi Kayu ( Cassava)
Photota Chips
Memula aku rasa pelik gak pasal info ni tapi aku baca gak bagi habis. Tetapi secara ringkas aku faham yang ubi kayu ni berbahaya sebab boleh menyebabkan korang lumpuh dan sesetengahnya pula menyebabkan kematian akibat lebihan racun Cyanide yang ada pada ubi kayu. Jika salah masak dan menyebabkan banyaknya cyanide akan menyebabkan kematian. Pelik gak sebab dulu aku suka kot makan ubi kayu ni.. gusar...haha 
Ubi Kayu
p/s lepas ni tak nak beli potato chip sebab perwarna dan perisa diorang sangat membahaya pada kesihatan.


5 Durian
Durian::aku raja buah..haha
Raja buah ni di anggap buah paling jijik sebab bau yang busuk sehingga ada negara yang mengharamkan buah ni dibawa didalam pengangkutan awam. Dulu ada orang Australia cakap bau sampah lagi wangi dari bau durian. Lantak korang lah janji sedap. Lepas tu diorang cakap durian ni berbahaya sebab boleh membunuh..bila aku kaji rupanya eksperimen yang diorang buat tu terjadi bila seseorang yang minum arak dan lepas tu makan durian korang akan menempuh maut. Saper suruh yang korang g bantai arak tu..arak tu kan merosakan.haha.
Durian ker rambutan??
 Tapi pada pengemar durian di Malaysia jangan makan Panadol, air bergas, Lawan buah durian seperti manggis (atau buah yang sejuk sebab durian buah yang panas) dan juga sebaran ubat-ubatan. Kalau korang degil lantak koranglah... 
sss

0 ulasan:

baca yang ni pulak