Followers

.

apabila binatang berparti

on Jumaat, 26 Oktober 2012
ingat manusia je tau berparti? binatang pun tahu tauu

















adakah anda wanita yang cantik?

on Selasa, 23 Oktober 2012
                                         
cantik... itu subjektif. ramai orang hanya memandang sifat fizikal luaran sebagai nilaian mereka terhadap seseorang wanita. adakah hanya rupa paras yang cantik menjadi kayu ukur sesuatu nilai kecantikan wanita?

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang wanita itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

persoalan agama lain tentang islam terjawab di sini

on Rabu, 17 Oktober 2012


                                                    Assalamualaikum. dunia hari ini banyak menghina Islam tanpa kita sedari. sedarkah anda wahai kaum muslimin atau masih terleka dengan hiburan yang dipropagandakan oleh kaum yahudi? anak islam hari ini banyak yang menghisap rokok, meminun arak, terlibat dengan jenayah.. adakah imej itu yang dibanggakan kita menjadi seorang muslim?jesturu itu, usaha dakwah adalah jalan terbaik untuk mengembangkan agama islam dan menerangkan apa itu islam kepada agama lain.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?


Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?


Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?


Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?


Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.


Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?


Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?


Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?


Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"


Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"


Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"


Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?


Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.


Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?


Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.


(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

p/S;  islam adalah agama yang perfect, memang tidak dapat dinafikan lagi. sebelum terlambat,ucapkanlah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah.

apa yang menarik tentang otak manusia?

Assalamualaikum, hai si abang-abang yang kacak dan macho, akak-akak dan adik-adik yang manis dan sUit gituh. fuh..lega hari ni sebab speaking test MUET dah selesai. Alhamdulillah boleh la speaking dengan baik tanpa ada kekok.. hehe..syukur. SO, untuk melepaskan keenjoyan ..,<(tu dia. apitan ke dengan an plak)..hehe..so, miss kecoh bukak la blog sebab nak releks2.. lagipun dah lama tak update, kan tak pasal-pasal follower naik menyampah dengan ai gituh,huhu.. so, hari ni tanpa rasa bersalahnya duk mengadap skrin laptop sepanjang hari samapi naik berpinar mata ni hah, tak sedo-sedo yang STPM dah tak lama. haha.. ok la, tak nak belbel banyak nanti jadik mengarang novel plak. so, apa yang menarik tentang otak kita? 

   fakta yang menarik tentang otak manusia


1.
  percaya otak tidak semua manusia mempunyai otak lembab?? hehe..memang melucukan, tetapi itu fakta kerana 75% otak manusia terdiri daripada air. so, jangan malu dan marah jika ada orang mengatakan anda seorang yang lembap,lembab kerana semua orang mempunyai otak yang lembab

2
.otak merupakan organ paling gemuk kerana mengandungi kurang 60% lemak

3.
Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

4.
Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

5.
Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

6.
Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

7.
Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

8.
Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.
Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita
Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya, haaa,,,sebab tu kita mudah terpengaruh dengan pujukan iklan di televisyen.
 
9.
Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit. 

10.
ketika kita dilahirkan, otak Anda adalah ukuran hampir sama dengan otak orang dewasa .

11.
Otak Anda akan berhenti membesar pada usia 18.

ok cukup menarik tentang otak manusia? sepatutnya melihat kepada fakta di atas, kita kena muhasabah diri.. manusia dikurniakan otak dan akal tidak seperti binatang. ini bermakna,  manusia berfungsi untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, oleh itu, kita perlu lah menjaga menjadi manusia yang mempunyai takwa yang tinggi dengan membuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang diharamkan Allah. jadi, kesimpulannya otak kita hebat. semua kita mempunyai otak yang sama. tapi bergantung kepada kita lah pulak sama ada mahu merangsang sel-sel otak untuk menjadi hebat atau tidak. OK, bye otak lembab.

7 perkara anda perlu buat bila speaking MUET

on Selasa, 16 Oktober 2012
Assalamualaikum.. masa yang nyawa-nyawa ikan ni sempat lagi miss kecoh curi-curi buka blog. hanya ada 1 hari dari sekarang untuk saya nak ambil MUET. ini bermakna....esok dah exam MUET!!! adoi... tipu rasanya kalau cakap tak gugup. gugup sangat-sangat... tak sedia apa-apa lagi ni.  lagipun tahap saya ni tak macam kalian yang rata-rata pandai speaking omputih.. saya ni asyik gagap je...adoiyaiii.... untuk pelajar STPM macam saya, ben yang paling ok ialah ben 3, sebab kalau dapat ben 3 tak perlu la nak mengulang bila masuk universiti. macam mana pun, doakan saya....

apa yang  perlu anda buat bila speaking MUET nanti?
perkara pertama bila masuk je bilik peperiksaan tu, duduk dengan tegak. tarik nafas panjang-panjang.  jangan buat muka stress, senyum je.. lepas tu, curi-curi buka kertas soalan walaupun tak mula lagi.  baca bismillah dulu kalau anda seorang muslim... .>_<


1.  jangan takut dan gabra

bila start,tarik nafas panjang-panjang. cuba senyum. percayalah. .jika kita takut dan gabra, apa yang kita ingat dan baca kita akan mudah lupa. jadi sebaiknya, cuba untuk tenangkan diri. anggap lah examiners tu hanya seorang manusia yang  tidak tahu apa-apa. kalau boleh, minum lah air mineral banyak-banyak untuk tenangkan diri. 



2. konfiden apa yang telah kita cakap

setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kita, kita hendaklah yakin seadanya. yakin akan membuatkan kita bercakap lancar dan banyak idea yang datang .. jika kita tidak pasti makna sesuatu perkataan  kita cakap juga apa yang kita mahu cakap asalkan examiner faham apa yang kita ingin sampaikan. setiap perkataan yang kita cakap adalah markah. walau macam mana susah sekalipun soalan tu, kena cuba  cakap dan bagi point.. 

3. eye contact  

eye contact juga penting. eye contact akan membuatkan examiner melihat kita sebagai seorang yang serius dan yakin dalam topik perbincangan. jangan tunduk ketika bercakap. ini menunjukkan anda tidak yakin. bila ada eye contact orang akan jelas dan lebih faham apa yang anda ingin sampaikan.



4. guna body language

so, kena la ada intonasi dan body language. penting juga tau.. nama pon perbincangan. so, letak tangan atas meja. jangan letak bawah meja. setiap opinion kita bagi kalau boleh, tangan mestilah gerak sana sini di udara gitu cewah..jangan buat hip hop sudah. so, bila ada body language,baru lah orang faham apa yang anda  ingin sampaikan.

5. tak perlu malu bila tergagap atau tersasul

bila tergagap...tak perlu malu lah. just teruskan dan cuba. anggaplah semua orang kat dalam tu pun bukan bagus sangat.  

6.. tone suara yang sedehana dan jelas

guna tone suara yang sederhana. tidak terlalu kuat atau terlalu slow. jika tidak bersetuju dengan pendapat candidate lain, jangan tinggikan suara macam nak bergaduh. beritahu dengan sopan, " it sounds like a good idea, but......"   dan kalau boleh jangan sentuh isu sensitive contohnya agama, bangsa dan politik. jika anda berbuat demikian, minus mark...


7.. jangan buat bunyi seperti "um" "er" "eh"

cuba elak... memang kita tidak boleh nak elakkan bila kita tiada idea. tapi kalau boleh cuba elakkan..

ok... selamat menduduki  MUET speaking esok.. good luck. sebelum tu jum kita joget2 dulu.










contoh soalan dan jawapan speaking MUET task A

on Ahad, 14 Oktober 2012
Assalamualaikum.. hai. jumpa lagi. hehe.. korang mesti tertanya-tanya kenapa si miss kecoh ni dah lama tak update post yang kecoh-kecoh gitu. tiba-tiba aje post pasal MUET je.. merapu ke? hehe..tak. sebenarnya.. untuk sementara exam fever ni.. ada baiknya saya kongsi sedikit ilmu khasnya untuk kawan-kawan yang bakal ambil MUET dan bakal menduduki STPM exam tak lama lagi.. tak salah bukan?  hehe..ok, jom kita tengok contoh muet speaking TASK A yaitu individual presentation . contoh tersebut saya rujuk dalam buku MUET Ace ahead. saya tak ambil bulat-bulat sebab terlampau panjang kalau nak kira tak sempat habis 2 minit.

situation: Absteentism is prevalent after the final exams as students are bored in school. suggest interesting activities to your class teacher to encourage students to come to school after their final exams.

Task A: You suggest organizing a concert. provide reasons for your suggestion.



Good morning to the examiner and my fellow friends. students are bored after their final exams because there are no lessons most of the time. they fell that going to school is a waste of time and therefore refuse to go to school. in my opinion, organizing a concert in school could encourage students to attend school after their final examinations.

my maint point is that concerts are fun and entertaining. students enjoy watching their friends perform. besides that, they could also have fun preparing for the concert and performing in the creativity and develop their talents. for example, having a dance for their performances. the process of planning, practising and performing is definitely an interesting process and could motivate students to come to school.

secondly, organizing a concert can instill moral values in students. they have to work together as a group to ensure the success of the concert, this means that they learn character building values such as teamwork, cooperation and patience. on top of that, they would  work together with friends from various races. this instills good moral values such as understanding and tolerance that promotes racial integration and harmony. 

next, i would like to highlight that students can organize concerts to raise funds to finance future activities. this will motivate them to go to school for practise and preparation because they need  to produce a good concert. selling ticket indirectly improves their communication skill. 

in conclussion, i believe that organizing a concert encourage students to come to school after their final exams. while having fun and excitement, they can demonstrate their talents, develop hidden talents, raise fund and become a better people. hence, they will find going to school then a worthwhile effort. thats all thank you.

simple speaking MUET tips

Assalamualaikum.. lama dah tak buka blog. macam-macam perubahan dah berlaku..hehe.. maklum lah saya sibuk nak menghadapi peperiksaan STPM tak lama lagi. please doakan saya.. nanti saya akan ambil MUET.. speaking ada 3 hari lagi dari sekarang.. oh tidak... tak boleh tangguh ke? saya tak sedia lagi...huhu
 ok la, tak nak buang masa lagi.. saya nak share berapa tips dan contoh untuk speaking MUET.


tips masa speaking;


1. .FAHAM kehendak soalan dan baca dengan hati-hati

  • ==underline key words
  • -=fokus kepada task
2. jot down 3 isi penting dengan cepat
  • ==kembangkan isi dengan menggunakan key word 
3. cadangan idea
  • --INGAT !, mesti ada INTRODUCE dan CADANGAN yang telah diberikan mengikut candidate.
4. --guna EXPRESSIONS seperti di bawah : ( contoh boleh diguna pakai ketika task A)
 
  1. TO START: 
  • --Good morning to examiners and my fellow friends. im glad to be here to speak about.....?( the issues)
  • --in my opinion, ....(what?) (why?)
  • --besides that....(kembangkan simple point)...for example...
2.TO INTRODUCE A FIRST POINT:
  • --First of all, i propose...(why?) for example...
  • --i would like to suggest...(why?) for example..this means that... so, ...
  • --my maint point is...(WHY?) this is because....
3. TO START A NEW POINT:
  • --secondaly,
  • --my next point,
  • --another suggestion..
4.TO SIGNAL CAUSE AND EFFECT
  • --for this reasons.....
  • --as a result...
  • --.....so that....
  • --If...then....
5.TO SIGNAL A CONTRASTING IDEA
  • --However..
  • --but...
  • --in contrast...
6.TO END A SPEECH
  • --In conclusion...
  • --let me conclude by saying ...
  • --in short...
  • --so we can see that...
_thats all for today thank you

UNTUK TASK B

1.INTRO:
  • --Good morning everyone, im glad to be here today about......(ISSUES)
  • --of all the four suggestion, i believe  that...... (simple opinions)
  • --for that i strongly believe that.......because.........
  • --what do you think? candidate A/B/ C/ D
2. TO MAKE A STRONG SUGGESTION
  • --The only solution to this problem is....
  • --we must...
  • --there is not other way except...
3.TO MAKE A SUGGESTION
  • --I think we should....
  • --my suggestion is...
  • --dont you think we should...
  • --in my opinion, we should...
4. TO ASK FOR SUGGESTION
  • --what is your suggestion?
  • --what do you think?
  • --what is your opinion?
5.TO ACCEPT IDEAS
  • --Thats a good idea
  • --thats right
  • --i agreed with you
  • --i support your suggestion
6. TO REJECT IDEAS
  • --I am sorry, i dont agree with...
  • --that is interesting but..
  • --i disagree
  • --thats true but...
7.CLOSSING DISCUSSION
  • --We all agree that .... 
  • --does anyone have anything to say? otherwise,lets bring this discussion to a close
  • --thank you for interesting discussion
ok tu je la tipsnye yang saya ambil dari beberapa buku MUET dan rujukan teacher.. maaf la saya cakap bahasa rojak, saya bukan pandai sangat berspeaking ni...entahlah dapat berapa la ben muet ni...yang penting banyakkan berdoa..tarik nafas..jangan gabra..be cool.. kalau tergagap juga nak buat macam mana, cuba juga... ok..gOod luck ye. harap membantu kalian semua ... insyaallah lain kali saya akan post contoh beserta jawapan speaking.. >_< 
Terdapat ralat dalam alat ini

baca yang ni pulak