Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

gambar koleksi kucing berbentuk hati

on Rabu, 28 Mac 2012
comel sangat gambar kucing kat bawah ni..  hurmm.. layannnn





















siapa ada kucing macam ni? 

muhasabah diri anda

on Selasa, 27 Mac 2012
assalamualaikum..  pernah tak kita fikir tentang betapa bersyukurnya kita berada di bumi yang serba kaya ini, betapa bersyukurnya kita dilahirkan di negara malaysia. betapa bersyukurnya malaysia ini sebuah negara man damai? cuba kita bayangkan jika kita ditakdirkan lahir di bumi yang susah seperti somalia? apa perasaan kita? somalia. anak-anak menangis di sana sini kerana terlalu lapar. setiap satu buku roti sangat berharga. tetapi di malaysia, pembaziran makanan ada di mana-mana. pernahkah kita terfikir  apabila kita sedang tidur nyeyak tetapi ada yang tidak boleh tidur kerana kelaparan?  kita masih tidak bersyukur kerana kita merasakan  kekayaan di bumi malaysia cukup untuk kita hidup. cuba bayangkan jika andai suatu hari semua ini bertukar dengan kesusahan seperti gambar kat bawah? adakah ketika itu baru kita mahu menghargai makanan dan mahu bersyukur atas segala nikmat?







cuba bandingkan dengan kehidupan kita sekarang?

makanan semua lazat-lazat. kalau tak habis buang macam tuu je..

sedang kita tidur di atas katil yang empuk, tahukah kita bahawa ada yang menderita terbaring di atas tanah sedang menahan kelaparan? 



negara kita aman damai tanpa gangguan peperangan.
tetapi....

sedang kita bersuka ria, tahukah kita ada orang yang sedang menderita? ada orang yang berjuang untuk hidup? untuk negara?


saat kita tersenyum, ketawa... ada orang yang sedang menangis menahan derita?


cuba lihat adik atau anak kita? cukup sihat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bernasib baik..
kita mempunyai seorang bapa atau ibu untuk dipeluk. tetapi mereka?


remaja mereka tiada masa untuk bersuka-ria. mempertahankan negara.

remaja kita?




kita sentiasa tersenyum dengan nikmat yang kita kecapi setiap hari, namun tidak pernah kita bersyukur,

cuba ambil masa untuk berfikir... betapa bersyukurnya kita hidup berbanding dengan yang lain.... dan ucaplah syukur ALHAMDULILLAH..

ciri-ciri boyfriend korang playboy

on Khamis, 22 Mac 2012
Assalamualaikum... halo2..konichiwa.. sorry because lame menyepi. rindu sangat nak update blog banyak-banyak, tahun ni memang tahun sibuk kerana tak lama lagi saya akan menduduki peperiksaan penting iatu STPM. semoga u all mendoakan kejayaan saya.

ciri-ciri lelaki playboy atau buaya darat: 

berdasarkan temu ramah dengan kawan yang pernah acap kali kena tipu.


1.ada rupa.
perasan tak? kebanyakan lelaki playboy mesti kacak dan pandai bergaya. gayanya sentiasa mencuit hati gadis yang melihat. ada sahaja gaya fesyen yang ditampilkan setiap hari untuk menarik perhatian si gadis. maka, dengan itu, senang lah si jejaka playboy ini berkenalan dan mengorat dengan pakejnya yang hensem tu. ok, kalau pakwe kamu hensem mengalahkan artis, baik kamu berjaga-jaga mulai sekarang..hehe

2.glamour
kebanyakan playboy mesti yang glamour-glamour aje.. di zaman persekolahan misalnya, kamu tentu pernah tahu erti glamour. semua cikgu memuji-muji tentang 'baiknya' si dia. semua aweks asyik bercerita sana sini tentang bagusnya si dia itu. si dia semuanya bagus dalam akademik,sukan dan selalu aktif di sekolah.semuanya baik sahaja orang nilai tentang si dia. walaupun kentut busuk sekalipun masih lagi nak puji sana-sini. so, dengan ini, si dia mengambil kesempatan dengan meggunakan peluang glamournya ini untuk berkenalan dengan ramai aweks dan kemudian tambah koleksi aweks-aweks yang lapor sangat nak tumpang kepopularannya itu. so, pakwe kamu semua glamour?

3.  petah memujuk dan merayu 
"kenapa awak cakap saya curang? saya suka kat awak sahaja. buktinya? saya tetap bersama awak." hoho.. cair je hati yang panas bila si dia pujuk macam tu. sekali dia pujuk mesti tak jadi kamu semua nak marah.ayat dia semua power2 dan jiwang2..memang sebuah novel pun kalah dengan susunan ayat dia. dan setiap kali nak marah, ada aje skrip dan dialognya. perkara ini seperti dah dihafal dalam otak si dia kerana dah berpuluh-belas aweks dia buat perkara yang sama ..  so , perkara macam ni dah menjadi perkara biasa. kalau kamu dapat tahu dia curang sekalipun, dia tetap tak mengaku. dia tentu cakap "erk...pompuan tu kawan saye je lah.awak jangan dengki,ya?"

4. nombor handphone lebih dari satu
kalau pakwe kamu semua ada nombor lebih dari satu, sila ambil perhatian. kemungkinan besar dia playboy dan penipu besar. dia sengaja berbuat demikian supaya tak kantoi dengan mana-mana skandalnya. 


5. pantang melihat awek cantik
yang ni memang pantang bagi lelaki yang bernama playboy. setiap kali ada perempuan cantik, tentu dia akan sapu. mintak nombor lah... ajak kenalan lah.. akhirnya mintak couple. baginya, setiap aweks tidak akan pernah menolaknya.

hurm.. rasanya itu je kot. ada lagi sebenarnya, malas nak ulas...banyak sangat ciri itu sampai hati pun sakit.bye >_<



baca yang ni pulak