Followers

.

awak konfius awak gay?

on Rabu, 22 Oktober 2014

 pernah tak anda terfikir. sejenak .  kenapa seseorang boleh tertarik dengan jantina yang sama? gay dan lessbian.  yup, jika difikirkan akal logik . memang Tuhan ciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. memang tak tercapai dek akal kalau  kita bayangkan dunia dipasangi perempuan+perempuan, lelaki+lelaki. memang aneh. mungkin pupus keturunan manusia .
 budak tadika sekalipun pandai membezakan .persoalan yang di lontarkan, kenapakah minat sejenis? bodoh untuk berfikir? saya tak rasa begitu. golongan begini lah biasanya yang pandai, penuntut universiti.ade degree ade master. kadang-kadang kalau dilihat wajah masing-masing suci innocent. yang lelaki hensem jangan cakap lah yang perempuan cun-cun. langsung tak nampak macam jahat.   tak ada agama?. hey , pakai jubah pakai serban , bertudung pun ade kau jangan pandang sebelah mata. so uol ingat yang golongan macam nie yang kaki clubbing yang jahat-jahat macam dalam tv? tak jugak... dalam realiti jika kita duduk celah-celah manusia, kita makin sedar watak-watak itu.  yang kita lihat baik tak semestinya baik begitulah sebaliknya.  so what the reason?

                                   
 seharusnya, kita jangan mengeji dulu. fahami. dekati.  saya lihat, persepsi kita terhadap golongan begini begitu negatif.macam dorang nie jahat gile babi bun. macam dorang ni ancaman dan boleh membunuh! ya, saya akui memang ini salah apatah lagi dari sudut agama.  tapi, gunakan pendekatan psikologi untuk memahami golongan seperti ini.they mungkin jahat dari sudut ini mungkin sudut lain baik.jangan terus ceramah pasal kaum nabi luth. mungkin mereka lebih arif dan afdal tentang kisah-kisah nabi luth. mereka mengerti dan sedar, mereka cuma mahukan ruang untuk luahkan kenapa mereka begitu. setiap manusia pasti ada jalan cerita. sejahat-jahat manusia memang akan ada satu naluri ingin berubah, cume mereka perlu di bimbing. mereka bukannya orang yang bodoh tidak mengerti apa itu dosa pahala. jangan terus kita judge tanpa tahu sejarah silam mereka,mungkin mereka konfius dengan diri, mencari identiti mungkin.  macam mana kalau dapat tahu kawan spesis macam ni? mungkin dipulaukan . di umpat. tup tup orang yang paling bencikan spesis ini tiba-tiba satu hari nanti Allah uji pulak beliau dengan dugaan seperti itu. mungkin. sebab tu jika kutuk, kita kena beringat. apa hak kita untuk kutuk sedangkan doa adalah jalan terbaik supaya sahabat kita berubah.

kenapa saya ketengahkan topik ini? entah. saya mungkin mencari isu. saya lihat view dari trafik dalam blog ramai yang berminat pasal topik ini . mungkin masih mengkaji diri sesetengah mereka yang konfius. tapi saya percaya, semua isu ini ada kaitan dengan sudut psikologi. saya berminat untuk ambik tahu memandangkan isu ini ada kaitan dengan ilmu psikologi yang saya belajar. mungkin setiap orang ada cerita, mungkin pernah dikecewakan, mungkin masa silam yang menjadikan mereka memilih jalan tersebut.  kita mungkin boleh terima jika mempunyai alasan silam. tapi bagaimana jika sesetengah alasan yang tidak munasabah. contoh, '' untuk suka-suka'' '' sebab couple sesama jenis lebih memahami'' .  kita tidak boleh nak nyatakan dengan tepat kenapa. why? why? kita juga tidak boleh nyatakan secara tepat ciri-ciri golongan ini, kerana kebanyakan mereka adalah yang tertutup. in closet. hidup normal macam orang lain but in reality, berpasangan dengan sesama jantina. mungkin!  tetapi itu lah manusia, penuh dengan aib sedangkan Allah tutup . namun, sesetengah ada yang dengan tak malu bukak aib dok cerita dan bangga yang dia gay , dia lessbian. bla bla. kononnya sweet.



apa pendapat pembaca sekalian? mungkin persepsi anda berbeza .


Terdapat ralat dalam alat ini

baca yang ni pulak