Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kelebihan bila datangnya ramadhan

on Jumaat, 20 Julai 2012

alhamdulillah.. hari ini hari pertama ramadhan. yes! semangat! perbanyakkan amalan supaya kita semua diredhai olehNya.miss kecoh pun nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat islam,  semalan tentu banyak ucapan korang semua terima dekat facebook, mesej dan sebagainya kan? ok, tau tak apa kelebihan ramadhan jika dibandingkan dengan bulan biase? bagi saya, kelebihan bulan ramadhan ialah>>>

1. rezeki yang mencurah-curah
bagi peniaga, pada bulan inilah masanya untuk melariskan perniagaan mereka. ajaibnya, pada bulan inilah peniaga mendapat hasil keuntungan yang berlipat ganda. pelanggan tidak pernah putus-putus datang. bukankah rahmat namanya bukan?


2. banyaknya kuih muih dan makanan yang jarang dijumpai
pada bulan ni, pelbagai jenislah kuih muih yang kita dapat tengok dan terserempak di pasar ramadhan.  jika dulu kita hanya tahu kuih karipap sahaja, sekarang di bulan ramadhan, muncullah macam-macam kuih muih yang ada dan enak-enak pula.

3.nikmatnya berbuka puasa
pada masa inilah kita berpeluang bersama-sama keluarga berbuka puasa satu meje, jika sebelum ini ibu bapa asyik sibuk dan tidak makan bersama keluarga, dikesempatan inilah keluarga dapat mengeratkan hubungan silratulrahim dengan anak-anak. bahagia bukan? dan sungguh nikmat makan bersama keluarga dengan pelbagai hidangan di depan mata. kenikmatan berbuka puasa tidak sama dengan bulan lain yang kita makan apabila lapar.


4. malam ramadhan malam yang meriah
jika sebelum ini kampung kita sunyi sepi je pada malam hari, kini keadaan akan bertambah meriah apabila tibanya ramadhan. selepas isya, masing-masing berbondong ke surau untuk solat terawih tidak kira umur dan jantina. kanak-kanak riang pula sungguh seronok bermain bunga api dan berkejar-kejaran. di kesempatan inilah mereka dibenarkan bermain di luar rumah pada malam hari. bunyi dentuman mercun sini sana.. sungguh seronok, bukan?


tapi, tahukah anda kelebihan lain bulan ramadhan ini?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."


1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."


(Riwayat Imam Ahmad)

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/07/al-hadith-antara-lima-kelebihan.html#ixzz21DSKChkd

ha.. seronok kan bulan puasa? setiap pahala kita juga akan di lipat gandakan.. sungguh Allah maha pemurah. jika kita seronok ingin nantikan hari raya, sahabat nabi dan wali Allah menangis kerana bulan ramadhan bulan kebaikan akan pergi menggantikan hari raya.

baca yang ni pulak