Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

balasan untuk orang meninggalkan solat dengan sengaja

on Jumaat, 27 Julai 2012
  lihat api ini. nampak panas kan?.cuba kita sentuh jari kita dekat api kat dunia ni , aduh! panas bukan? walaupun hanya sesaat kita menyentuh api kat dunia ni dah tak tahan panasnya, tidak lagi dibakar! itu api kat dunia, tidak lagi api kat neraka! aduh! azabnya tidak boleh kita gambarkan! api neraka lagi berganda panasnya dan menyambar orang yang ingkar arahan Allah termasuk meninggalkan solat. kita sedar semua ini tetapi kita buat-buat tidak peduli. kita abaikan. "ahh..takpe.. umur masih panjang. nanti dah tua baru solat!" astrafirullah hal Azim.. ungkapan seperi ini sangat tidak patut! ingat lah wahai kawan-kawan, ajal tidak mengira tua atau muda. daun yang hijau muda lagikan boleh gugur!

                      seksaan orang yang tinggalkan solat 5 waktu


6 seksaan di DUNIA
-dikurangkan berkat umurnya
-disempitkan rezekinya
-dihilangkan tanda cahaya soleh dari raut wajahnya
-tidak mendapat tempat di dalam Islam
-tidak dikira amal kebajikannya (tidak mendapat pahala)
-tidak diterima doanya


3 seksaan ketika MENGHADAPI KEMATIAN
-mati dalam keadaan yang amat hina
-mati dalam keadaan yang amat lapar
-mati dalam keadaan yang amat dahaga (walaupun telah diberi air minuman yang banyak)


3 seksaan di ALAM KUBUR
-disempitkan kuburnya
-digelapkan kuburnya
-diseksa sehingga Hari Kiamat


3 seksaan ketika BERTEMU ALLAH
-dibelenggu oleh Malaikat pada Hari Kiamat
-tidak dipandang dengan belas ihsan oleh Allah
-tidak diampunkan dosanya bahkan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih


Andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu



Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh - Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor - Barang siapa yang meninggalkansolat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar - Barang siapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya' - Barang siapa yang meninggalkan solat Isya', nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.


ayuh kawan-kawan! sedarlah seksaan bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja amat berat dan merupakan satu dosa besar! sujudlah kepada Allah sebagai HambanYa. jangan sombong kepada Dia yang mencipta kita. kita akan lebih hina dari syaitan jika meninggalkan solat kerana syaitan hanya enggan sujud pada ciptaan Allah yaitu nabi Adam sedangkan kita enggan sujud kepada Allah!
 BYE. DATANG LAGI~
                                                   

0 ulasan:

baca yang ni pulak