Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kisah syaitan yang bernama khanaz

on Jumaat, 27 Julai 2012

                         Kisah Syaitan bernama Khanaz. 

                                                     

ketika Nabi Adam dan Hawa tinggal dia atas muka Bumi, syaitan tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu nabi Adam.  syaitan akan mencari jalan macam mana nak kacau anak Adam supaya ingkar suruhan Allah.

 pada suatu hari, ibu syaitan mendapat idea macam mana nak suruh keturunan anak Adam dekat dengan syaitan dan mudah untuk mereka kacau anak adam. si ibu syaitan memanggil anaknya yang bernama khanaz.
 "Khanaz...come to mama...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. 

pada ketika itu nabi Adam keluar mencari nafkah lalu tinggallah Hawa keseorangan di dalam rumah.syaitan pun mengetuk-ngetuk pintu rumah Adam. hawa lantas membuka pintu."Siapa kamu.."  tanya Hawa.
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Hawa,Anak siapa nie?", Lalu Hawa menjawab "saya tidak tahu..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam lantas sudah kenal pasti bahawa itu kerja syaitan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." .. 

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama mereka berfikir, akhirnya Adam mendapat satu idea... 
"Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantung isi dagingnya di pokok luar rumah kita.apabila  Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tiada..."cadang  Adam. 

    Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,
 "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "oh...Anak kamu...Semalam Adam pulang ke rumah, dia dapat tahu yang anak itu anak syaitan..jadi, kami kerat anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..!"terang Hawa sambil menudingkan jarinya ke arah pokok yang digantung isi daging anak syaitan.

"Oh...di sana, iye ?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!" Tiba² daging² khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali pada esok hari nya. 

Apabila Adam pulang dan terlihat lagi  akan anak Syaitan yang bernama Khanaz masih berada di situ, dia lantas  bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam dengan tegas.
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam. 

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar menari nafkah.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak memanggil "Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. 

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. 

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. 

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. 

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. 

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. 

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya  "Khanaz!!!" 

"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. 

Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar².. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan²...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia
- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba² tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat² lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. sekurang²nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

0 ulasan:

baca yang ni pulak