assalamualaikum kepada readers.. sorry lame x update. admin bz sangat. ni pun baru berkesempatan update blog. korang semua ade kawan tak? sudah pasti jawapannya YA!.. semua manusia mesti ade kawan kan. memang naluri manusia ni Tuhan bagi memang perlu berkawan. kalau korang jenis yang suka bersendiri dan tak suka berkawan, korang ni akan dikategorikan sebagai "makhluk tuhan" yang paling pelik..huhu.nak tahu kenapa? sebab cuba lihat di sekeliling kita.. semua Allah cipta di sekeliling kite berpasang-pasangan. same la jugak dengan manusia kan.. manusia perlu bercinta dan berkawan untuk disayangi . namun, kita haruslah berhati-hati dalam memilih kawan, kerana terdapat dua kategori kawan iatu kawan baik dan kawan jahat.kawanlah yang akan mencorakkan kehidupan kita. sama lah erti seperti jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat dekat kita tetapi bila kita berkawan dengan tukang besi, bau yang tengik akan bersama kita. oleh itu, kita harus menitikberatkan soal berkawan ni. nak tengok ciri kawan baik dan jahat? teruskan pembacaan anda..
sahabat yang baik
gambar ini hanya hiasan semata-mata. sumber dari google image
1.Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : Bagaimana ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?
Nabi bersabda : Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya kamu teringat ALLAH, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu dan apabila melihat amalan-amalannya lalu kamu teringat akan akhirat.
sahabat yang baik
gambar ini hanya hiasan semata-mata. sumber dari google image
1.Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : Bagaimana ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?
Nabi bersabda : Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya kamu teringat ALLAH, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu dan apabila melihat amalan-amalannya lalu kamu teringat akan akhirat.
:: oleh itu jelaslah bahawa sahabat yang sejati ialah sahabat yang teguh agamanya dimana jika kita berbuat sesuatu yang ditegah agama, dia berusaha untuk memperingati dan menasihati kita dan dia berusaha mengajak kita berbuat kebaikan. selain itu, sahabat seperti ini selalu memberi kita penginsafan dan ingat kepada Allah. saya sendiri ada kawan macam ni.. alhamdulillah.
2. sentiasa berkorban untuk rakan dan tidak pentingkan diri
Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
sahabat yang baik sanggup berkorban untuk rakannya tanpa pedulikan dirinya. dia lebih mementingkan kepentingan sahabat sendiri berbanding kepentingan dirinya. meskipun dia dahaga, jika dia melihat sahabatnya lebih memerlukan, dia akan memberi keutamaan kepada sahabatnya berbanding dirinya. inilah yang dinamakan pengorbanan, memang susah untuk berjumpa sahabat seperti ini zaman sekarang..
3. sentiasa bersama susah dan senang
apabila kita ditimpa susah, dia ada bersama kita. cuba untuk memujuk dan menasihati kita. dia cuba untuk mencari jalan penyelesaian. sahabat seperti ini akan bagi kita kekuatan dan dorongan ketika kita berasa sudah berputus asa. dia akan memperingatkan kita bahawa masalah yang kita hadapi ialah dugaan dan Qada dan Qadar..
4. Bercakap dengan lemah lembut dan cuba menjaga hati kita
sahabat yang baik akan pangil nama kita dengan sebaiknya dan bukan gelaran tidak sepatutnya.dia cuba untuk menggembirakan hati kita dengan memuji kita. dia juga akan cuba menghebahkan kepada orang ramai bahawa kita baik dan bukan mengutuk kita.
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
gambar ini hanya hiasan. tidak ada kena mengena dengan artikel ini
1. apabila kita memandangnya hanya pikirkan keseronokan sahaja
2. tidak mengingatkan kita kepada Allah
3. hanya bersama ketika senang, pabila kita susah, dia pergi jauh- jauh tinggalkan kita
4. suka menyakitkan hati kita
5. munafik
ok... sekian sahaja. berhati-hati dalam memilih kawan. bye!
1 ulasan:
Good entri....
Catat Ulasan