Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

korang pernah ada pengalaman seram kat sekolah tak?

on Ahad, 16 Disember 2012

Assalamualaikum.. tiba-tiba teringat kisah seram yang berlaku kat aku dulu. setiap sekolah ada cerita seram,kan? cerita ni tak tahulah seram ke tak bagi korang.  cerita dia dah lama. masa tu aku form 1 dan aku duduk kat asrama. sekolah aku tu  memang glemour la pasal cite seram pasal hantu jepun la.. hantu orang tua lah. masa mula-mula aku melangkah kaki masuk kat sekolah tu, aku dah diceritakan daripada budak-budak senior bahawa dekat blok F yang hujung sekali yang tak diusik tu sebenarnya dikatakan agak 'keras' sebab tu tak dibuka untuk kelas. blok F tu dahulu pernah terjadi peristiwa ngeri. Ada seorang pelajar yang tidur dekat katil atas yang dua tingkat mengigau dan berdiri di atas katil yang sedia tinggi pastu kepalanya terkena kipas yang ligat memusing dan lalu dipancung kipas sehingga kepalanya tergolek-golek masuk ke dalam baldi. sehingga sekarang darah yang memancut masih ada kat dinding.

                                                   
    aku pada awalnya memang seram gile dengar cerita tu. tapi aku tak tahulah akan kebenaran cerita tu, sebab cerita tu macam rekaan je. aku ignore je lah. ok, nak dijadikan cerita. pada suatu hari.... jeng jejeng! haa... aku nak ke sekolah awal pada hari tu sebab nak siapkan kerja sekolah yang bukunya aku tertinggal dekat bawah meja. takut dirotan punya pasal aku rela ke sekolah seorang diri tanpa ditemani dan makan pagi walaupun lampu sekolah tak dibuka lagi.. aku ingat aku pergi dalam pukul 6.20 kot..masa tu dah la hujan. lagi la gelap..
                                                       

     sedang aku dalam perjalanan nak sampai kat kelas, aku sempat menjeling ke arah blok F yang dikatakan berhantu tu. huhh.. tak ada apa-apa pun. dan cerita aku ni tak ada kena mengena dengan blog F. so,aku jalan perlahan-lahan sebab simen licin terkena percikan  air hujan. aku melangkah dengan perasaaan releks menuju ke kelas. tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati dan seram sejuk tapi aku buat cool je, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba rasa macam tu.sampai tepi kelas, tiba-tiba aku terpandang satu benda aneh dekat tingkap kelas aku....bergoyang... aku berhenti melangkah. eh, apa tu... jantung aku berdebar sampai nak pecah. setelah diamati benda yang bergoyang tu adalah tangan.bukan tangan biasa. tangan yang amat pucat. eh? tangan sapa? tak kan kawan aku nak kenakan aku kot? biasa dorang mari pun paling awal dalam pukul 6.45 am. awal lagi.lampu kelas tak dibuka lagi.. memang gelap lagi kat situ.  aku dengan berani menegur " hey..sapa tu! jangan kenakan aku!" setelah ditegur kan, tangan yang pucat tu berhenti bergoyang dan macam.. macam nak sentuh aku. aku pun apa lagi... bukak seribu langkah walaupun kaki aku ni terasa macam kaku.. aku berlari tak pandang dah belakang.. mulut aku terkumat kamit baca surah yang aku ingat.. dalam keadaan gelap aku lari dalam lintang pukang aku pun macam terlanggar sesuatu. aku pejam mata tak berani buka. " hey.. kenapa ni? " tegur kawan aku kehairanan.
                                     

  aku membuka mata dan lega melihat kawan aku dan lantas memeluk kawan aku... tak ada apa yang aku boleh cakap melainkan "hantu..hantu...hantu!" kawan aku suruh bertenang. dia suruh aku tunjukkan kelibat hantu tangan tu.. meskipun aku tak hilang lagi takut, tapi aku jadi berani sikit sebab berdua. tapi bila sampai kat kelas tu, kelibat tangan tu hilang. yang anehnya tingkap kelas tertutup rapi...  kawan aku menggelengkan kepala sambil tersenyum dan berkata " apa lah kau ni.. banyak sangat dengar cerita hantu... !" aku hanya diam sebab aku tahu aku tak bermimpi dan dah berapa kali aku menggosok mata. ramai yang tak percayakan aku dan anggap aku ni penipu, penakut...  dan, aku tak boleh fokus dalam kelas dan kerja sekolah yang aku nak siapkan, aku tak buat. dan akhirnya... aku kena denda ...

tu lah ceritanya. tak tahulah sama ada aku bermimpi atau betul... kawan aku buat andaian " kot tangan pak guard kot..mana tahu dia tidur kat kelas kita" ishh... tak logik langsung. apa pulak pak guard tidur dalam kelas,,,  masalahya,, tangan siapakah yang misteri itu??  korang ada cerita seram kat sekolah dulu?




14 ulasan:

Athirah berkata...

eh, sama la, kat skul saya pun cite camni, hmm.. semua sekolah berasrama mmg ada cite ni kot..hehe

Unknown berkata...

kat mana2 pon ada... hehehe... tapi tu la.. kalo kita takut lagi la dia suka takutkan kita.. yang penting imannnnn

OKje berkata...

okje tak pernah kena...tp pernah dengar mcm mcm cerita hantu ni!

Dingdang berkata...

dekat sekolah CF dulu pon ada gak cerita2 seram ni. tapi nasib baik masa tu CF tak tinggal di asrama. huhuhu. CF ni dah la penakut.

THE AUTHOR berkata...

Isskk. Salah pandang kot.......

Miss illuisionist berkata...

tak sama la cerita ni dengan kau cerita dekat aku dulu aida...hehee but so far so good...☺

Fzda berkata...

Sungguh serammm. ok fine! O.o

sha (chirp chirp) berkata...

wuhuhu. berani betol pegi sorang2, da la gelap2. tabik2 :)

saly berkata...

saly belum pernah la.. hehe.biasa dgr2 org citer adalh.
seram juga baca n3 ni.biasa kalu diasramakn mcm2..saly x pernah sek asrama dlu.

Nurul@km@l berkata...

ahaks. biasanya kalau kita dapat rasa seram sejuk pastu bulu roma menegak tu memang ada benda pelik tu. hehe jaga2

Domu-kon berkata...

hehehe.. biasalah la kn.. asrama ngan cerita hantu..memg xboleh dipisahkan..hehehe

Unknown berkata...

cerita seram dgn asrama sekolah mmg dh sinonim..tapi akak selamat sbb sekolah xddk asrama..

CD berkata...

pernah dgr pasal kepala terputus tu.. gggrrrrr... ngeri.. T_________T

Unknown berkata...

besa la dengar n alami especially boarding school.... biasala dia juga kan makhluk Allah...
cuma kite ni jenis penakut..hheheh...

baca yang ni pulak