Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

oh mudahnya wanita mendapat pahala!

on Jumaat, 27 Julai 2012
tahukah anda? menjadi  seorang wanita amat mudah untuk masuk syurga! cuma kita perlu menjadi wanita solehah yang patuh kepada ajaran Allah. tidak percaya? anda cuma amalkan amalan di bawah, insyaallah..
       



Kelebihan Menjadi Isteri yang Solehah

  • >Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  • >Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

  • >Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 bidadari dan wanita itu akandimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan 

  • menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (permata).

  • >Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

  • >Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

  • >Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

  • >Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

  • >Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

  • >Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tuala emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tuala perak.

  • >Seorang isteri yg menyambut baik kedatangan suaminya yg dalam keadaan marah, Allah akan beri padanya setengah pahala jihad

  • >Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukiSYURGA.
                                                         

balasan untuk orang meninggalkan solat dengan sengaja

  lihat api ini. nampak panas kan?.cuba kita sentuh jari kita dekat api kat dunia ni , aduh! panas bukan? walaupun hanya sesaat kita menyentuh api kat dunia ni dah tak tahan panasnya, tidak lagi dibakar! itu api kat dunia, tidak lagi api kat neraka! aduh! azabnya tidak boleh kita gambarkan! api neraka lagi berganda panasnya dan menyambar orang yang ingkar arahan Allah termasuk meninggalkan solat. kita sedar semua ini tetapi kita buat-buat tidak peduli. kita abaikan. "ahh..takpe.. umur masih panjang. nanti dah tua baru solat!" astrafirullah hal Azim.. ungkapan seperi ini sangat tidak patut! ingat lah wahai kawan-kawan, ajal tidak mengira tua atau muda. daun yang hijau muda lagikan boleh gugur!

                      seksaan orang yang tinggalkan solat 5 waktu


6 seksaan di DUNIA
-dikurangkan berkat umurnya
-disempitkan rezekinya
-dihilangkan tanda cahaya soleh dari raut wajahnya
-tidak mendapat tempat di dalam Islam
-tidak dikira amal kebajikannya (tidak mendapat pahala)
-tidak diterima doanya


3 seksaan ketika MENGHADAPI KEMATIAN
-mati dalam keadaan yang amat hina
-mati dalam keadaan yang amat lapar
-mati dalam keadaan yang amat dahaga (walaupun telah diberi air minuman yang banyak)


3 seksaan di ALAM KUBUR
-disempitkan kuburnya
-digelapkan kuburnya
-diseksa sehingga Hari Kiamat


3 seksaan ketika BERTEMU ALLAH
-dibelenggu oleh Malaikat pada Hari Kiamat
-tidak dipandang dengan belas ihsan oleh Allah
-tidak diampunkan dosanya bahkan diazab di dalam neraka dengan seksaan yang amat pedih

amalan untuk selamat dari seksaan kubur?

gambar ini hanya hiasan

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.

kisah syaitan yang bernama khanaz

                         Kisah Syaitan bernama Khanaz. 

                                                     

ketika Nabi Adam dan Hawa tinggal dia atas muka Bumi, syaitan tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu nabi Adam.  syaitan akan mencari jalan macam mana nak kacau anak Adam supaya ingkar suruhan Allah.

 pada suatu hari, ibu syaitan mendapat idea macam mana nak suruh keturunan anak Adam dekat dengan syaitan dan mudah untuk mereka kacau anak adam. si ibu syaitan memanggil anaknya yang bernama khanaz.
 "Khanaz...come to mama...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. 

pada ketika itu nabi Adam keluar mencari nafkah lalu tinggallah Hawa keseorangan di dalam rumah.syaitan pun mengetuk-ngetuk pintu rumah Adam. hawa lantas membuka pintu."Siapa kamu.."  tanya Hawa.
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik"
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Hawa,Anak siapa nie?", Lalu Hawa menjawab "saya tidak tahu..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam lantas sudah kenal pasti bahawa itu kerja syaitan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." .. 

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam.

Setelah lama mereka berfikir, akhirnya Adam mendapat satu idea... 
"Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantung isi dagingnya di pokok luar rumah kita.apabila  Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tiada..."cadang  Adam. 

    Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,
 "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "oh...Anak kamu...Semalam Adam pulang ke rumah, dia dapat tahu yang anak itu anak syaitan..jadi, kami kerat anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..!"terang Hawa sambil menudingkan jarinya ke arah pokok yang digantung isi daging anak syaitan.

"Oh...di sana, iye ?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!" Tiba² daging² khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali pada esok hari nya. 

Apabila Adam pulang dan terlihat lagi  akan anak Syaitan yang bernama Khanaz masih berada di situ, dia lantas  bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam dengan tegas.
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam. 

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar menari nafkah.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak memanggil "Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. 

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. 

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. 

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. 

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. 

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. 

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya  "Khanaz!!!" 

"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. 

Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar².. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan²...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia
- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba² tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat² lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. sekurang²nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

kisah sedih Bilal Hamba berkulit hitam

on Khamis, 26 Julai 2012
Anda semua sebagai seorang muslim mesti kenal siapa bilal bin rabah bukan?bilal antara orang terawal yang memeluk islam.pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh bilal sepanjang hidupnya.tahukah anda bilal memiliki suara merdu dan beliau ialah sahabat kepada keluarga yasir sumaiyyah yang juga terkenal sebagai keluarga islam pertama yang mati syahid. kisahnya sangat menyayat hati semua umat islam di seluruh dunia.siapa bilal?bilal hanyalah seorang hamba berkulit hitam tetapi meskipun wajahnya hitam, hatinya sangat bersih dan keimanannya sangat tinggi. Allah tidak memandang rupa,harta tetapi hati manusia. mari kita sama-sama membaca kisah hidup bilal bin rabah yang mempunyai pelbagai kisah sedih yang terpaksa dilalui beliau demi menegakkan agama islam dan cintanya beliau kepada Rasulullah SAW. moga-moga kita dapat mencontohi ketakwaan dan ketabahn bilal.


biodata BILAL

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.
 

ibu bapa bilal dirompak

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar lalu terpaksa  mencuri sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, abang Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat dipukul dengan teruk oleh tuannya apabila memecahkan pinggan. Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf. apabila berita nabi muhammad merupakan utusan Allah dan menyebarkan agam islam, umaiyah menentang keras nabi muhammad dan menyuruh Bilal membunuh Rasulullah. umaiyyah dilatih bermain pedang oleh umaiyyah untuk disuruh membunuh Rasullullah. namun, apabila berjumpa baginda SAW,beliau  menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya. tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah,Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untukmembeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakar, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan, kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah di zaman rasulullah s.a.w!

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayanginya. Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah s.a.w sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil. Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari.

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kewafatan Nabi s.a.w, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah s.a.w tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!! hal ini kerana apabila bilal azan, dia akan teringat kisah dan kenangannya bersama rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. ketika melalui rumah nabi pula, dia akan teringat kenangan menunggu Rasullullah SAW untuk bersama-sama ke Masjid untuk solat subuh.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”,

lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun.

kalau anda nak ketahui lanjut cerita yang dapat dijadikan pengajaran umat  islam , belilah buku ini. serius, anda akan menangis teresak-esak!
                                                  

kelebihan bila datangnya ramadhan

on Jumaat, 20 Julai 2012

alhamdulillah.. hari ini hari pertama ramadhan. yes! semangat! perbanyakkan amalan supaya kita semua diredhai olehNya.miss kecoh pun nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat islam,  semalan tentu banyak ucapan korang semua terima dekat facebook, mesej dan sebagainya kan? ok, tau tak apa kelebihan ramadhan jika dibandingkan dengan bulan biase? bagi saya, kelebihan bulan ramadhan ialah>>>

1. rezeki yang mencurah-curah
bagi peniaga, pada bulan inilah masanya untuk melariskan perniagaan mereka. ajaibnya, pada bulan inilah peniaga mendapat hasil keuntungan yang berlipat ganda. pelanggan tidak pernah putus-putus datang. bukankah rahmat namanya bukan?


2. banyaknya kuih muih dan makanan yang jarang dijumpai
pada bulan ni, pelbagai jenislah kuih muih yang kita dapat tengok dan terserempak di pasar ramadhan.  jika dulu kita hanya tahu kuih karipap sahaja, sekarang di bulan ramadhan, muncullah macam-macam kuih muih yang ada dan enak-enak pula.

3.nikmatnya berbuka puasa
pada masa inilah kita berpeluang bersama-sama keluarga berbuka puasa satu meje, jika sebelum ini ibu bapa asyik sibuk dan tidak makan bersama keluarga, dikesempatan inilah keluarga dapat mengeratkan hubungan silratulrahim dengan anak-anak. bahagia bukan? dan sungguh nikmat makan bersama keluarga dengan pelbagai hidangan di depan mata. kenikmatan berbuka puasa tidak sama dengan bulan lain yang kita makan apabila lapar.


4. malam ramadhan malam yang meriah
jika sebelum ini kampung kita sunyi sepi je pada malam hari, kini keadaan akan bertambah meriah apabila tibanya ramadhan. selepas isya, masing-masing berbondong ke surau untuk solat terawih tidak kira umur dan jantina. kanak-kanak riang pula sungguh seronok bermain bunga api dan berkejar-kejaran. di kesempatan inilah mereka dibenarkan bermain di luar rumah pada malam hari. bunyi dentuman mercun sini sana.. sungguh seronok, bukan?


tapi, tahukah anda kelebihan lain bulan ramadhan ini?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."


1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."


(Riwayat Imam Ahmad)

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/07/al-hadith-antara-lima-kelebihan.html#ixzz21DSKChkd

ha.. seronok kan bulan puasa? setiap pahala kita juga akan di lipat gandakan.. sungguh Allah maha pemurah. jika kita seronok ingin nantikan hari raya, sahabat nabi dan wali Allah menangis kerana bulan ramadhan bulan kebaikan akan pergi menggantikan hari raya.

ciri-ciri lelaki itu GAY

on Khamis, 19 Julai 2012




GAY. 3 suku perkataan yang membuatkan aku menyampah. kenapa lelaki yang memang nalurinya untuk mencintai wanita tetapi pergi cari jantan untuk cinta songsangnya. tidakkah golongan ini mengambil iktibar akan kaum nabi luth yang telah dibinasakan oleh Allah kerana pergaulan homoseksual ni. tidakkah wanita tidak cukup menarik bagi mereka untuk dijadikan pasangan hidup? keliru... mereka keliru dengan kehendak nafsu mereka. jika mereka suka akan lelaki maka siapakah pula yang akan mencintai wanita? takkan wanita untuk wanita.

ciri-ciri lelaki GAY:

1.  gaya yang smart

kadang-kadang tak semestinya lelaki yang dikatakan gay bersifat lembut. ada juga lelaki yang berwajah macho, tegap dan bengis itu gay tanpa disangka. siapa sangka Adam lambert iatu penyanyi ameri idol yang berwajah hensem itu gay. kata orang, dont judge a book by its cover. oleh itu, berhati-hatilah, ada juga orang maskulin dan gagah perkasa itu gay. dan kebiasaannya, lelaki gay sentiasa smart tidak kira mana mereka berada. mereka sentiasa up to date dan menjaga penampilan mereka. ke mana sahaja dia pergi pasti harum disembur perfume.

2. cerewet

lelaki gay sangat cerewet. kadang-kadang sifat cerewetnya mengalahkan wanita. ada sahaja tidak kena. sikap dia macam jauh dengan sifat lelaki sebenar yang suka akan simple-simple. contohnya, baju. lelaki gay akan mengambil masa yang lama untuk memilih baju yang sesuai untuk dia lepak dengan kawannya. mereka juga menghabiskan banyak wang ringgit untuk cantik. contohnya, untuk  penjagaan kulit dan baju yang mahal-mahal.

3. suka senyum dan kenyit mata dekat lelaki yang hensem

lelaki gay amat sukakan lelaki yang tampan dan berwajah cute macam pelakon korea. kalau anda seorang lelaki sedang berjalan-jalan dan tiba-tiba ada seorang lelaki lain yang kenyit mata dekat anda, SAH. lelaki itu gay.  jika anda membalas senyuman dan kenyitan mata lelaki itu, maka, SAH juga lah anda itu sendiri GAY.. HEHE

4. tidak berminat akan wanita

lelaki gay tidak berminat akan WANITA. jika wanita seksi lalu sekalipun dia langsung tidak peduli. nafsunya hanya untuk lelaki. ya, kaum sejenis dengannya. matanya hanya galak untuk kaum sejenisnya yang hensem.  meskipun angelina jolie datang menggodanya sekalipun, nafsunya langsung tidak goyah.. kerana katanya '' I'M GAY and I'M proud IT''

5. kadang-kadang bersifat gedik meskipun badannya sasa dan muka macho

ceh.. nampak aje macho, tegap, bengis tapi macam pompuan. lelaki gay sangat gedik dalam diam. dia dalam diam mempunyai sifat-sifat wanita yaitu LEMBUT. lelaki gay kebiasaannya mudah merajuk dan cepat kecil hati. kadang-kadang kalau anda berjalan dengannya, dia berpimpin tangan dengan anda pulak. haha.. 

6. suka puji kawan sendiri atau kenalan yang memiliki wajah yang kacak

''shah, ko ni kacaklah.dah lah tu tegap pulak. geram aku. ikhlas aku puji ni. '' jika anda si lelaki pernah di puji sedemikian, ketahuilah.. kebarangkalian kawan anda itu GaY. mana mungkin lelaki normal memuji lelaki melainkan wanita. lagipun lelaki ni sifatnya ego, mana boleh dia memuji rakan sendiri, habislah saham dia. dia beranggap dia lagi hensem dari mana-mana lelaki.hoho

7. suka menarik perhatian lelaki lain

kalau lelaki gay yang minat dekat lelaki lain, dia pasti akan menarik perhatian si dia dengan menggodanya. dia pasti akan conrol ayu or control kegagahannya. dalam masa yang sama dia akan cuba mendekati si lelaki tadi dengan lesen untuk berkawan. dia juga rela memberi hadiah untuk 'buah hatinya'.

8.  suka mengambil kesempatan ke atas lelaki

lelaki gay suka ambik kesempatan ke atas lelaki lain. dia kononnya hanya bergurau senda seperti mencium, menguis hidung,meraba dan memeluk lelaki tu kononnya sebagai tanda akrab dan persahabatan . walhal dalam masa yang sama si gay ini menikmatinya. hak tuihhh. tolonglah, meskipun sesama lelaki, batas pergaulan masih ada. jadi, anda perlu berhati-hati dalam bergurau senda meskipun dia lelaki.

9. mempunyai group gay

golongan gay zaman sekarang akan bergerak aktif melalui group untuk memperjuangkan hak-hak mereka. mereka akan menuntut supaya mereka boleh berkahwin meskipun berlainan jenis. di facebook misalnya club gay malaysia akan menyatakan hak-hak mereka seperti kahwin dan tandas untuk golongan gay. sampaikan timbul satu kes di mana penuntut malaysia yang belajar di luar negara berkahwin gay dengan berpakaian lengkap melayu seolah-olah ingin menghina negara dan ingin menjadi hero kepada gay lain dengan perbuatan mereka itu.  golongan ini juga mempunyai rakan-rakan gay yang lain kononnya membagi support dan menghalalkan gay.


ok..tu je ciri-ciri yang saya ketahui setakat ini melalui kajian. ceh..hehe. namun, perlu diingat, tak semuanya lelaki yang mempunyai ciri-ciri tersebut gay..  jadi buat anda yang gay dan baru je habis membaca artikel ini. bertaubatlah sebelum terlambat. nabi muhammad tidak akan mengaku umat buat kaum sejenis. sudah difitrahkan bahawa wanita untuk lelaki.


Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman ( Nabinya ). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing. Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu. (QS Al Qamar 33-36 )"
[Ajaran dalam agama Kristian sendiri melarang perkahwinan sejenis. Mereka ini ialah orang-orang yang engkar lalu membuat keputusan mengikut hawa nafsu semata-mata]

cerita pasal Lelaki yang mengambil kesempatan

pada suatu hari, sepasang kekasih berdating di sebuah taman yang sunyi. kelihatan pasangan tersebut sedang bermadu asmara.

Lelaki: I nak raba you sikit je sayang .
Wanita 1: Tak nak la . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . I jumpa parents you
Wanita 1: Betul ? you nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang Sumpah , you diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu .

Wanita 1: Sampai hati you . Tipu I . Dulu you kata nak kahwin dengan I . Tapi bila you dah dapat . you kawen dengan perempuan lain .
Lelaki: I lelaki , you ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . Bukan macam you , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . you ingat I ***** ke
nak kawen dengan you ?
Wanita1: Sampai hati you cakap macam tu , dulu . Masa you nak . Macam-macam janji manis you bagi .Tapi sekarang you salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . I cuma uji you je mase tu . Tapi you bagi . I ambil lah .
Wanita1: you memang jantan tak guna . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: you menyesal ? Tapi I puas . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: you akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .
MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang , I love you so much .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan you .
Wanita 2 : I pun , sayang .I ada something nak bagi tahu you ni ..
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . Untuk suka-suka je . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . I cari lelaki baik macam you untuk jadi suami . you tak kisahkan ?
Lelaki: What ?!@#$%^&*()_+

oh azabnya wanita yang masuk Neraka

on Rabu, 18 Julai 2012
gambar hanyalah hiasan

wahai wanita, rasulullah menangis melihat azabmu di neraka. sabda rasulullah,“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat ) mudah sahaja untuk wanita ke syurga, tetapi mengapa wanita lebih ramai bilangannya di neraka?


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj


Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:


“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:


“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.


“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”


Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:


“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:


“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.


“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.


“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.


“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.


“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.


“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”



secara kesimpulannya, 10 keadaan seksa ahli neraka wanita ialah:



  • Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

  • Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”

  • Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

  • Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.

  • Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

  • Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

  • Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

  • Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

  • Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
p/Swaallahualam. semoga muslimat semua mengambil iktibar daripada kejadian israk mikraj ini. semoga kita semua di kalangan ahli syurga. amim.




Keadaan Ahli Neraka Mengikut Amalan Mereka


Assalamualaikum, pembaca sekalian.. kita sebagai umat islam memang sudah maklum apa itu syurga dan apa itu neraka. jika ditanya siapa yang mahu masuk syurga sudah pasti ramai yang menjawab inginkan syurga tetapi tidak melakukan amalan yang di arah oleh Allah dan meninggalkan larangannya. semua takutkan neraka tetapi suka melakukan maksiat dan dosa. 
 pernah anda tersentuh api yang panas walau sesaat? api di dunia yang panas sahaja kita sudah merasa pedih dan panas apatah lagi di neraka  yang berganda-ganda panasnya. di neraka, ada 11 golongan keadaan mereka mengikut amalan mereka.

                 Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-


"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."


Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:


"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.


8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.


10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


hanya terdapat satu golongan yang masuk ke syurga.mereka ialah:
.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

ciri-ciri sahabat yang baik dan jahat

on Jumaat, 13 Julai 2012
assalamualaikum kepada readers.. sorry lame x update. admin  bz sangat. ni pun baru berkesempatan update blog. korang semua ade kawan tak? sudah pasti jawapannya YA!.. semua manusia mesti ade kawan kan. memang naluri manusia ni Tuhan bagi memang perlu berkawan. kalau korang jenis yang suka bersendiri dan tak suka berkawan, korang ni akan dikategorikan sebagai "makhluk tuhan" yang paling pelik..huhu.nak tahu kenapa? sebab cuba lihat di sekeliling kita.. semua Allah cipta di sekeliling kite berpasang-pasangan. same la jugak dengan manusia kan.. manusia perlu bercinta dan berkawan untuk disayangi . namun, kita haruslah berhati-hati dalam memilih kawan, kerana terdapat dua kategori kawan iatu kawan baik dan kawan jahat.kawanlah yang akan mencorakkan kehidupan kita. sama lah erti seperti jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat dekat kita tetapi bila kita berkawan dengan tukang besi, bau yang tengik akan bersama kita. oleh itu, kita harus menitikberatkan soal berkawan ni.  nak tengok ciri kawan baik dan jahat? teruskan pembacaan anda..


sahabat yang baik
                                                       gambar ini hanya hiasan semata-mata. sumber dari google image                      
1.Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : Bagaimana ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?
Nabi bersabda : Teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya kamu teringat ALLAH, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu dan apabila melihat amalan-amalannya lalu kamu teringat akan akhirat.
:: oleh itu jelaslah bahawa sahabat yang sejati ialah sahabat yang teguh agamanya dimana jika kita berbuat sesuatu yang ditegah agama, dia berusaha untuk memperingati dan menasihati kita dan dia berusaha mengajak kita berbuat kebaikan. selain itu, sahabat seperti ini selalu memberi kita penginsafan dan ingat kepada Allah. saya sendiri ada kawan macam ni.. alhamdulillah.

2. sentiasa berkorban untuk rakan dan tidak pentingkan diri
sahabat yang baik sanggup berkorban untuk rakannya tanpa pedulikan dirinya. dia lebih mementingkan kepentingan sahabat sendiri berbanding kepentingan dirinya. meskipun dia dahaga, jika dia melihat sahabatnya lebih memerlukan, dia akan memberi keutamaan kepada sahabatnya berbanding dirinya. inilah yang dinamakan pengorbanan, memang susah untuk berjumpa sahabat seperti ini zaman sekarang..

3. sentiasa bersama susah dan senang
apabila kita ditimpa susah, dia ada bersama kita. cuba untuk memujuk dan menasihati kita. dia cuba untuk mencari jalan penyelesaian. sahabat seperti ini akan bagi kita kekuatan dan dorongan ketika kita berasa sudah berputus asa. dia akan memperingatkan kita bahawa masalah yang kita hadapi ialah dugaan dan Qada dan Qadar..

4. Bercakap dengan lemah lembut dan cuba menjaga hati kita
sahabat yang baik akan pangil nama kita dengan sebaiknya dan bukan gelaran tidak sepatutnya.dia cuba untuk menggembirakan hati kita dengan memuji kita. dia juga akan cuba menghebahkan kepada orang ramai bahawa kita baik dan bukan mengutuk kita.

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
                               Sahabat yang Jahat
 
                                 gambar ini hanya hiasan. tidak ada kena mengena dengan artikel ini
1. apabila kita memandangnya hanya pikirkan keseronokan sahaja
2. tidak mengingatkan kita kepada Allah
3. hanya bersama ketika senang, pabila kita susah, dia pergi jauh-      jauh tinggalkan kita
4. suka menyakitkan hati kita 
5. munafik


ok... sekian sahaja. berhati-hati dalam memilih kawan. bye!

baca yang ni pulak