"aduh..laparnya! mak, lambat lagi ke nak berbuka puasa? lapar dah ni... " si anak yang baru berusia 7 tahun bertanya pada emaknya sambil menggosok perutnya yang kempis.
si emak tersenyum dengan pertanyaan anak kecilnya yang baru belajar berpuasa. dia menghampiri anaknya dengan berkata, '' danial lapar ya? sabarlah..puasa ni melatih kita untuk kita bersabar. lagipun jika kita berpuasa, barulah kita tahu susah dan laparnya orang miskin yang tengah kebulur sekarang." si anak hanya diam seperti mahu cuba faham apa yang diperkatakan emaknya.
"susah? kenapa kita kena rasa jugak apa yang orang miskin rasa? kita bukannya miskin.?" dengan mata terkelip-kelip si anak mengajukan persoalan kepada emaknya.
"sebab..Islam itu adil. islam itu sama." si emak menjawab sambil menguis hidung kecil anaknya. selepas itu, si emak mengambil majalah di atas rak sambil membelek-belek. " tengok ni.. tengok gambar orang kat negara somalia. kesian dia.. ketika kita rasa lapar, lapar lagi mereka kat sana! mereka kebulur,kita kat sini lapar sekejap aje ketika berpuasa..bayangkan jika seminggu kita tak makan" si anak memerhati gambar tersebut dengan rasa minat.
"kesiannya mak.badan mereka kurus kering.." si anak menutup majalah tersebut lalu termenung.
si emak menggosok belakang anaknya sambil berkata, " oleh itu, kita kena bersabar. lapar ketika berpuasa adalah ujian yang kecil bagi kita jika nak dibandingkan dengan mereka yang kebulur. oleh itu kita kena bersyukur." ujar emak mengharapkan anaknya belajar sesuatu. si anak menganggukkan kepala tanda mengerti. sambung emaknya lagi, " kita kena rasa bersyukur sebab kita hidup serba serbi mewah jika nak dibandingkan dengan mereka."
1 ulasan:
Sedih melihat gambar ini..
kita patut bersyukur duduk di bumi bertuah ini
Catat Ulasan