Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

apa yang best sambutan hari lebaran di malaysia

on Sabtu, 18 Ogos 2012
Assalamualaikum, wah nampaknya berlalu sudah bulan ramadhan. bererti kita akan menyambut hari raya aidil fitri yang akan diraikan seluruh umat islam di dunia. syukur alhamdulillah.apa itu hari raya? jika di malaysia,kita semua memanggilnya dengan istilah 'hari raya'. istilah ini berbeza mengikut negara contohnya di indonesia, hari raya di sebut 'hari lebaran' atau 'idul fitri'. hari raya merupakan hari kemenangan buat umat islam. oleh itu, hari raya adalah hari untuk kita semua bermohon keampunan sesama insan.
   biasanya orang yang gembira menyambut hari raya ialah kanak-kanak. begitu seronok mereka pada hari ini kerana pada ketika inilah masa untuk 'pow' duit raya dri rumah ke rumah.
  apa kelebihan hari raya di malaysia berbanding negara lain?

1. BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG
pada ketika ini tidak kira tua, muda, miskin dan kaya memakai baju baru iatu baju kurung dan baju melayu. satu family siap sedondong lagi..wah meriahnya.masing-masing pakai baju yang cantik-cantik. si gadis tampak ayu dengan baju kurungnya dan si jejaka tampan dengan baju melayunya.                                 

2.KETUPAT DAN RENDANG
inilah dia simbol hari raya di malaysia. asal sebut raya aje mesti teringat ketupat dan rendang. tak lengkap rasanya jika juadah ini tiada . ketupat ini dimakan bersama rendang samada rendang daging dan ayam. hurm.. sebut pasal rendang mesti kita teringat kontroversi malaysia-indonesia,kan? alahai.. kita kan serumpun, sesebuah negara tidak boleh mengiktiraf sesebuah budaya bangsa. kita kan sama-sama bangsa melayu.. kongsi-kongsi la kan.

3.LEMANG
ini juga merupakan makanan yang paling glamour ketika hari raya. sama juga dengan ketupat, lemang boleh dimakan dengan rendang atau serunding. rasanya sangat sedap..yummy..

4.DODOL

DOdol.. memang sinonim dengan hari raya. rasanya yang manis-manis digemari oleh semua golongan tidak kira muda atau tua.

5. DUIT RAYA
ini yang paling penting.meskipun budaya ini ditiru dari budaya cina yaitu ang pow, tetapi duit raya menjadi satu kemeskian bagi kanak-kanak untuk mengumpul sebanyak mana mungkin duit hari raya. tak sah jika tak jalan beraya rumah satu kampung semata-mata mahukan duit raya. untungnya jadi budak-budak..hehe

6.OPEN HOUSE
HAA...pada masa ini lah banyak kita menerima jemputan rumah terbuka. tak menang tangan rasanya. al maklumlah rezeki yang melimpah ruah ketika ini..haha...apa lagi makan la sebanyak mana mungin sehingga badan yang baru nak kurus selepas puasa menjadi boyot balik..hehe.. lepas amarah..isyyy..tak patut,

ok tu saje. saye selaku pemilik blog ini memohon ampun kepada pembaca jika penulisan yang tercatat di dalam blog ini mengguris hati pembaca. salam aidil fitri.. semoga amalan dan ibadat kita di bulan ramadhan diterima oleh Allah swt.





laparnya kita berpuasa, tetapi mereka kebulur!

on Jumaat, 3 Ogos 2012

"aduh..laparnya! mak, lambat lagi ke nak berbuka puasa? lapar dah ni... " si anak yang baru berusia 7 tahun bertanya pada emaknya sambil menggosok perutnya yang kempis. 
si emak tersenyum dengan pertanyaan anak kecilnya yang baru belajar berpuasa. dia menghampiri anaknya dengan berkata, '' danial lapar ya? sabarlah..puasa ni melatih kita untuk kita bersabar. lagipun jika kita berpuasa, barulah kita tahu susah dan laparnya orang miskin yang tengah kebulur sekarang." si anak hanya diam seperti mahu cuba faham apa yang diperkatakan emaknya.
"susah? kenapa kita kena rasa jugak  apa yang orang miskin rasa?  kita bukannya miskin.?" dengan mata terkelip-kelip si anak mengajukan persoalan kepada emaknya.
"sebab..Islam itu adil. islam itu sama." si emak menjawab sambil menguis hidung kecil anaknya. selepas itu, si emak mengambil majalah di atas rak sambil membelek-belek. " tengok ni.. tengok gambar orang kat negara somalia. kesian dia.. ketika kita rasa lapar, lapar lagi mereka kat sana! mereka kebulur,kita kat sini lapar sekejap aje ketika berpuasa..bayangkan jika seminggu kita tak makan" si anak memerhati gambar tersebut dengan rasa minat. 

























"kesiannya mak.badan mereka kurus kering.." si anak menutup majalah tersebut lalu termenung.
si emak menggosok belakang anaknya sambil berkata, " oleh itu, kita kena bersabar. lapar ketika berpuasa adalah ujian yang kecil bagi kita jika nak dibandingkan dengan mereka yang kebulur. oleh itu kita kena bersyukur." ujar emak mengharapkan anaknya belajar sesuatu. si anak menganggukkan kepala tanda mengerti. sambung emaknya lagi, " kita kena rasa bersyukur sebab kita hidup serba serbi mewah jika nak dibandingkan dengan mereka."


                                                                rakyat  somalia kebulur sedangkan pemimpin dunia mewah.

                                                                 

kisah sedih tentang anak jutawan dengan kereta sport

on Khamis, 2 Ogos 2012
                                                           
Seorang  anak jutawan ternama yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya.lantas, si anak memberitahu hajatnya kepada ayahnya,." papa, saya nak kereta sport. jika saya mendapat keputusan yang bagus nanti, papa kena hadiahkan saya sebuah kereta sport, saya janji saya akan memperoleh kepusan yang cemerlang!!"si ayah hanya tersenyum mendengar permintaan dari anak lelakinya itu. si anak bertambah yakin, jika keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
selepas itu, si anak lagi bertambah semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kereta idamnnya itu. sampai setiap malam dia bangun untuk ulang kaji pelarannya.

Beberapa bulan berlalu, dengan berkat kesungguhan, si anak telah memperolehi kejayaan yang cukup cemerlang.hatinya berbunga keriangan" aku pasti mendapat hadiah kereta sport dari papa!" bisik hatinya gembira..si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya, apabila masuk,si ayah memuji anaknya dan menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang " syabas!  papa bangga dengan kejayaan kamu! kamu memang anak yang baik!" si anak tersenyum puas.           di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik.si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg dihajatkan.dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan.matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya..

seorang pemuda yang berada di dalam kubah selama 2040 tahun

gambar ini hanya hiasan


kisah ini berlaku di zaman nabi sulaiman,

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang dinyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka. "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut.

Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.

Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.

Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam didapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat.

Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di
dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut.

Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu
tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini".

Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhakai kepada kedua ibu bapanya".

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib. "

kerana sebiji epal

                                                             

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab

kebenaran kucing dalam islam dan sains



kucing ialah binatang yang bukan sahaja comel malah merupakan binatang yang jinak kepada manusia. nabi Muhammad SAW juga sayang akan kucing. baginda juga ada membela seekor kucing kesayangan yang bernama Muezza.
Salah satu sifat Muezza yang paling Nabi S.A.W sukai ialah :
"Muezza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah ngiauannya seperti mengikuti lantunan suara azan."


Dalam Hadith Shahih Bukhari Bilangan 3071, Ibnu Umar R.A. meriwayatkan Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Seorang wanita dimasukkan ke Neraka, kerana mendera seekor kucing, dia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, samada kucing atau manusia."



Dalam sebuah Hadith yang juga Riwayat Bukhari R.A. Bilangan 3208, Rasulullah S.A.W. Bersabda :


"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasukkan ke Syurga kerana dia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."

islam mewajibkan kepada umatnya untuk berbuat baik kepada semua makhluk Allah termasuklah binatang sekalipun. Islam adalah agama rahmat dan kasih sayang terhadap semua makhluk, samada haiwan ataupunmanusia, Muslim atau kafir. 

                     apa yang menarik tentang kucing?



Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 





Kajian Yang Dijalankan


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.



                                     
                                                Kuman enterobacter yang tidak merbahaya



4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau  sedang sakit.
                                              
                                        Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing 

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

cat falling a sleep

gangguan syaitan ketika manusia sedang sakaratulmaut

                                                                 gambar ini hanya hiasan



Syaitan laknatullah dan iblis laknatullah akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis laknatullah mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.




Hadith Rasulullah SAW menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

 TERDAPAT TUJUH GOLONGAN DAN ROMBONGAN SYAITAN YANG AKAN MENYESATKAN MANUSIA KETIKA SAKARATUKMAUT :



Rombongan 1 – Akan datang iblis laknatullah dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis laknatullah itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 – Akan datang iblis laknatullah kepada orang yang di dalam Sakaratul Maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang didalam Sakaratul Maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3 – Akan datang iblis laknatullah mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4 – Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam Sakaratul Maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5 – Akan datang iblis laknatullah merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam Sakaratul Maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh iblis laknatullah, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6 – Akan datanglah iblis laknatullah merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula iblis laknatullah yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam Sakaratul Maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak iblis laknatullah: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh iblis laknatullah bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam Sakaratul Maut). Kemudian orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis laknatullah merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam Sakaratul Maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis laknatullah: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.” Berkata orang yang dalam Sakaratul Maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Izrail pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7 – Rombongan iblis laknatullah yang ketujuh ini terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.


betapa jahatnya si syaitan ni kawan-kawan, tak habis-habis nak menyesatkan umat manusia.. berdoa lah supaya kita dilindungi oleh hasutan syaitan yang direjam ini. moga-moga kita dikalangan orang yang beriman.

baca yang ni pulak