Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

macam mana ni? STPM dah nak dekat!

on Isnin, 28 Mei 2012

Assalamualaikum.. hai.. lame x update. sebenarnya sekarang aku bz dan tak ada masa nak update blog. ye la.. tahun ni kan aku ada peperiksaan besar iatu stpm. so, study je kejenye.. kadang-kadang memang malas nak bukak blog sebab takut buang mase, tambahan aku duk kat asrama lagi tak ade can nak bukak mende alah ni. disebabkan lame tak update, aku tengok stats tu menurun mendadak... zummm,,,kunjungan ke blog ni semakin kurang .. padan muke aku. hehe.

so, aku cuma nak cerita sikit. korang pernah tak alami macam aku alami sekarang? terutamanya akak or abang-abang yang dulu usia mcm aku sekarang.(well tahun ni aku 19) pernah tak rasa konpius dengan masa depan? pernah tak rasa macam tak konfiden ?pernah tak rasa tertekan bila tengok markah exam tak secemerlang yang lain?hu, aku rasa ... aku rasa macam tak yakin la bahawa aku ni boleh masuk ke universiti ke tak. aku rasa... aku rasa tak yakin. aku banyak sangat kelemahan, tapi impian aku cuma satu, aku nak sangat masuk U... NAK SANGAT! Tu la masalahnya, kalau tanya orang gile sekali pun dia pun angguk. cuma nak realisasikan tu aje yang susah. kena lalu jalan-jalan yang berliku..subject dia bukan macam kacang, tapi macam nak makan durian! aku ambik kos kemanusiaan.

dulu, masa dapat tawaran politeknik aku tolak, semata-mata nak masuk form 6. aku LANGSUNG tak buat rayuan balik ke IPTA. time tu aku saje nak mencabar diri n saja nak ambik risiko bahawa aku boleh jimatkan tahun untuk sambung ijazah nanti..aku tak pedulikan kata-kata orang tentang form 6.. aku pekakkan telinga. aku rasa macam aku boleh. tapi.. bile tahu macam mana susahnyee form 6 ni.. alamak.. Tuhan je yang tauu.. tambahan pula aku main-main agi n kebudak-bdakkan lagi. aku selalu tak dapat skor terutamanya pengajian am.. aiyaa,,, aku benci soalan bab graf n soalan kira-kira!  bahasa melayu lagi laa.. kena belajar terperinci vokal la,, diftong laa... morfologi la.. aku cube .. aku cube,, tapi hasilnye kawan aku yang tak  baca sangat pun boleh tinggi dari aku. so, aku rasa, give up...tapi aku ada impian tinggi.. tinggi . dan aku tak boleh kata give up.

jadi, buat masa ni aku cuma pening.. dan sedikit takut. aku selalu bayangkan keputusan yang teruk STPM nanti.. tahun ni pulak dengar cite dah tak boleh repeat sebab sukatan dia dah laen.. kalau STPM aku teruk, hancur laa impian aku,,  macam mana ni? aku perlukan sangat sokongan dan nasihat dari orang-orang yang ada pengalaman tentang form 6 ni.. aku tahu semua tu bergantung pada usaha, cuma aku rasa tak yakin..aku memang sedang berusaha sekarang.. tapi, nak skor pointer 3 ke atas bukan main susahh.. aku rasa macam.. macam keliru. aku keliru tentang masa depan. hurm.. tolong bagi sedikit tips..  mekasih. :(

6 ulasan:

Izzati Amira berkata...

cekalkan hati okeyh!!! kalau betul2 nak masa depan yg cerah, kene buat yg terbaek tahu. gudluck!

THE AUTHOR berkata...

Saya pun amik form 6..Form 6 memang susah..bukan setakat study smart tapi kena study hard..!!!!

Form six mahu tak mahu kena study dik...betul..
Pengajian am pada dasarnya kena faham soalan..baru nanti graf tu sendiri terbentuk...
Bahasa melayu aku pun failed...hehehehehe...

Tapi jangan risau..ni rahsia yek...pelajar form six ini ada kuota..sebenarnya kerana tak ramai pelajar melayu yang masuk...
janji jangan failed melampau sudah..ada kawan yang failed pengajian pun masuk universiti!!!
Ini sumpah...

Nak kasi nasihat pun tak tahu macammana nak kasi sebab form six ini memang susah..ada banyak paper dalam satu subjek dan semua kena pass...mahu tak mahu kena belajar betul-betul..itu nasihat saya...dan jangan tak konfindent!!! Itu lah penyebab kegagalan kita Ok...

Rezeki ada dimana-mana..tapi ia tak datang menggolek...kena berusaha. Kalau gagal pun kita puas hati bukan sebab kita sudah ngaku kalah ek..
Saya yakin...MIss kecoh pasti berjaya kerana miss kecoh resah kerana result tak baik... Kalau orang yang tak minat belajau tak tulis macam ni..

Kegagalan bukan bermakna kamu gagal..ianya hanya penunda kejayaan ..cayok!!!

Unknown berkata...

Fiza ex-student stpm.. Memang betul stpm ni susah.. Fiza setuju dengan hujah Hanif Idrus..

Aida buang semua tanggapan negatif dan beralih kepada tanggapan positif.. Lagi satu Aida kena jaga hubungan dengan para cikgu.. Kena rajin bertanya..

Masa rehat tuu, pegi bincang dengan cikgu tentang soalan yang Aida tak faham.. Fiza cadangan Aida pegi secara individual..

Input yang Aida akan dapat tu lebih daripada apa yang cikgu ajar dalam kelas..

InsyaAllah, fiza yakin Aida boleh.. Yang penting usaha okeyy.. Struggle betul-betul.. I always pray the best of you.. :)

So Shy Lady (SSL) berkata...

smolek2nya slawat byk2 n smbhyang hajat ya. mudah2an smuanya dpmudahkn. lbihkn ms ulangkaji n study smart ok

Tanpa Nama berkata...

Saya pon upper six jugak skrg ni! Hehehe awk kene semangat sikit. Saya ni pon dah berkobar kobar nak trial nanti. Dah mula nak study hard dah nih! Dulu masa mula mula masuk result saye pon setakat 2.67 je ~ Then usaha punya usaha masa pertengahan tahun lps pon 3 pointer!

Saya rasa awk pon boleh buat!

Jom kita ramaikan bilangan budak melayu yang masuk U! Jgn mengalah okay!

Sebenarnya saya pon tak suka graf dan kira-kira. Tapi... buat jelah dah kate pon soalan wajib jawab.

Saya amek subjek sejarah, Pengajian perniagaan, BM. Memang agak poning la kan hehehe.

Tapi ape pon datang dari usaha kita sendiri! Go go go! Good luck for your STPM!

Tanpa Nama berkata...

Saya pun lepasan STPM 2013, so saya nak nasihatkan yang penulis blog mesti kena kuat usaha dan don't give up. Memanglah orang kata cakap senang tapi nak buatnya susah, saya sendiri pernah alaminya. Alhamdulillag berkat doa dan usaha saya, saya dapat pointer 3.67. Walaupun bukan pelajar terbaik sekolah tapi saya bersyukur sangat.

baca yang ni pulak