pertama sekali anda tidak harus bimbang jika anda tidak sehensem dan sekacak Aaron aziz kerana kebanyakan perempuan tidak memandang rupa lelaki untuk di jadikan pasangan hidup. kalau ada pun, itu mungkin satu bonus baginya. bagi wanita cukuplah kalau anda mempunyai ciri-ciri kat bawah ni. ok, anda yang tak kacak boleh tersenyum sekarang kerana di sini ada beberapa ciri-ciri jejaka idaman kebanyakan wanita:
- taat pada agama
2. suka mengambil hati dan pandai berjenaka
lelaki yang suke berjenaka pasti akan membuatkan wanita selalu tertawa walaupun ketika kesusahan. wanita akan merasa bahagia dan tidak jemu dengan telatah si lelaki. mengikut kajian juga, lelaki yang suka berjenaka dengan pasangan hidupnya akan panjang umur dan rumah tangganya pasti bahagia. so, thats why perempuan suka lelaki macam tuu.
3. berperwatakan menarik dan berkarisma
lelaki yang berperwatakan menarik yang dimaksudkan ialah selalu berpakaian kemas, sentiasa smart, wangi dan mempunyai karisma yang tinggi dan juga pembersih dimana di dalam poketnya sentiasa ada tisu atau tuala kecil.lelaki sebegini juga petah dan lemah lembut apabila berbicara. so, jika anda berpakaian selekeh, busuk dan pengotor dan juga seorang perokok dan suka mencarut anda mungkin sukar untuk menambat hati seorang wanita yang saya maksudkan wanita yang baik
4. mempunyai sifat kelakian yang boleh melindungi wanita
lelaki merupakan pelindung kepada wanita. sifat-sifat lelaki yang harus anda miliki ialah gagah , berani, dan mampu untuk menjadi pelindung. berani dan gagah yang saya maksudkan bukannya bereerti anda berani merempit dan melakukan aksi berbahaya di jalanan tetapi seorang yang gentlemen terhadap wanita yang dikatakan lemah. jika anda seorang yang pengecut, penakut dan cuma berlagak sahaja anda cumalah bajet di mata wanita.
5. penyayang
lelaki penyayang merupakan seorang lelaki yang prihatin dan berhati mulia. mereka yang penyayang terhadap binatang dan sesiapa sahaja bagi wanita merupakan seorang lelaki yang cute. kebanyakan lelaki seperti ini tidak ego, pandai memujuk dan mudah mengalirkan air mata. so, lelaki sepert ini lah yang wanita semua dambakan supaya kelak nanti dia boleh menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang kepada isteri dan anak-anak.
6. pandai memasak dan melakukan kerja rumah
eh? tak kan ni salah satu ciri jejaka idaman wanita juga? apa, siapa cakap perempuan aje yang harus menjalankan tugas mengemas dan memasak? . lelaki juga tau? perempuan amat mudah tertarik dengan lelaki yang pandai memasak dan melakukan kerja rumah. itu bukan bermaksud suatu hari nanti perempuan tu hanya boleh goyang kaki sementara lelaki yang melakukan semua tugas. itu tidak benar! pembaca sekalian,
. cuba bayangkan jika si isteri jatuh sakit dan tak mampu menjalankan kerja rumah?thats why lelaki yang mempunyai ciri tersebut dikatakan amat romantik. lelaki tersebuat pasti akan masakkan bubur untuk si isteri yang sakit sementara dia yang ambil alihkan tugas buat sementara waktu. so sweet isnt?
7. berfikiran matang dan berilmu tinggi
ramai yang cakap ilmu tak penting pun, yang penting hensem. heyy.. siapa cakap tak penting? kalau harapkan rupa lelaki tu je hensem tapi tak ada ilmu nak bagi anak bini nanti makan dengan apa? dengan pasir? tak kn lah wanita pulak akan menanggung si lelaki kan. yer lah.. kebanyakan sekarang di IPTA penuh dengan wanita jee kan? ish, zaman yang pesat membangun ni memerlukan ilmu dalam segala hal tau? lelaki yang berilmu dan berpelajaran tinggi pasti akan menjamin masa depan wanita dan anak-anak.
so.. berakhir sudah artikel kali ini. anda sentap? fikir-fikir dalam-dalam. perempuan sekarang memang banyak memilih cuma untuk masa depannya. bagi si wanita pula, anda haruslah berkelakuan baik jika inginkan suami yang baik. yer lah.." wanita yang baik bagi lelaki yang baik sahaja". k.. bye..!
so.. berakhir sudah artikel kali ini. anda sentap? fikir-fikir dalam-dalam. perempuan sekarang memang banyak memilih cuma untuk masa depannya. bagi si wanita pula, anda haruslah berkelakuan baik jika inginkan suami yang baik. yer lah.." wanita yang baik bagi lelaki yang baik sahaja". k.. bye..!
2 ulasan:
nak sikap kelakian tapi jangan ler badan macam tu...isskkkk
lelaki alim utk pompuan yg alim.. kalo pompuan liar ,, hanye utk laki liar...btul,kan??
Catat Ulasan