Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kenapa saya memilih tingkatan 6?

on Jumaat, 27 April 2012

assalamualaikum. kepada lepasan SPM, adakah anda sudah fikir masak-masak kemana hala tuju anda selepas ini? adakah anda ingin memilih universiti,politeknik, kolej, institut atau pilihan terakhir... tingkatan enam?
hurm.. tingkatan enam. berat sekali mendengarnya. seperti tidak berminat dengannya. 

semasa saya memilih untuk masuk ke tingkatan enam, semua orang mempertikaikan tindakan saya. semua orang memandang rendah dan mencemuh " kenapa masuk tingkatan enam? tingkatan enam untuk budak bodoh je la.. kenapa tak masuk poli? kenapa tak buat rayuan ke IPTA?"
 saya hanya diam. 
ada juga yang berkata " tingkatan 6 susah laa... susah. baik tak payah masuk" saya hanya diam sekali lagi. dan ada juga mngenjek saya dan berkata "haha.. tingkatan bererti masuk balik ke sekolah, kena pakai baju sekolah balik..kena ikut undang-undang sekolah. membosankan!" saya hanya tersenyum simpul.entah kenapa saya rasa hanya tingkatan 6 sahaja pilihan saya. saya bertekad, saya ambil 4 subjek yaitu bahasa melayu,sejarah,pengajian am dan pengajian perniagaan. kenapa saya pilih untuk masuk tingkatan enam?

di sini saya berikan sedikit alasan kenapa saya memilih tingkatan 6:
  1. ** saya tak payah susahkan mak ayah saya, belajar kat U kos tinggi.
  2. ** kos yang rendah. , tak payah nak pinjam duit PTPN. lagipun hutang kot.
  3. ** jarak ke rumah dekat. jalan kaki pun boleh sampai, kalau kat U? 
  4. ** tidak terdedah dengan kejutan budaya dan gejala sosial. s
  5. ** menjimatkan masa. 1 tahun setengah je..tup2 dapat diploma. jimat,kan?
  6. ** peluang untuk masuk U cerah jika belajar bersungguh-sungguh. Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  7. ** taraf soalnnya sama kualiti dengan kertas soalan luar negara seperti universiti cambridge.sebab itu ramai cakap tingkatan enam susah sebab soalannya standard seperti kertas soalan luar negara
  8. ** sijil STPM laku di luar negara dan kelayakannya bertaraf dunia. so, jangan pandang rendah form 6.
  9. ** berbanding dengan matrik, sijil STPM laku untuk memohon kerja atau sambung belajar  di mana-mana negara yang anda suka.
  10. ** berbanding di universiti, pelajar bebas bertanya pelbagai soalan melalui peribadi atau umum kepada cikgu. selain itu, pelajar boleh rujuk cikgu pada bila-bila masa yang dia mahu berbanding dekat universiti, semuanya bergantung kepada diri sendiri
  11. ** dapat melatih daya kepimpinan. apabila masuk form 6, anda pasti akan memegang beberapa jawatan penting di sekolah .. hal ini demikian, dapat memberi persediaan untuk masuk ke universiti nanti
  12. ** saya ada prnsip ' susah dulu, kemudian nanti senang lah'
    ** Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige atau High School Certificate(HSC), High School Diploma di US. STPM juga sebenarnya peperiksan universiti Cambridge tetapi kemudian diadakan di IPTA malaysia.13. nama je belajar kat sekolah, tapi sijil bertaraf diploma tauu.
    , **untuk gred bagi STPM, anda boleh rujuk di bawah.
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00


Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00


 itu alasannya. memang tak dapat dinafikan form6 ni susah.saya sendiri mengaku form memang susah. tapi.. semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. kalau kita ikutkan  semua kata-kata negative dari orang, memang kita rasa form 6 ini susah. jadi, pekakkan telinga. cuba motivasi diri. tepuk dada tanya selera, jika kita mahu sesuatu pasti ada jalannya. tiada jalan pendek untuk berjaya melainkan kesusahan. cuba fikirkan sedalam-dalamnya.. adakah tingkatan  6 juga pilihan anda, lepasan spm?? selamat membuat keputusan. 

                  antara kawan-kawan saya pelajar pra-u 2011/ 2012 SMK kompleks mengabang                       telipot,terengganu
apa yang membezakan pra-u dan budak-budak sekolah lain ialah kain hitam bagi wanita dan seluar hitam bagi lelaki.

bersama barisan cikgu yang banyak bagi tunjuk ajar

bsama classmate yang  menceriakan saya.


sekian sahaja, terima kasih. ouh ye, doakan kejayaan saya ye, tahun ni STPM.. doakan ye? harap saya boleh masuk U. k, bye.







3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap org ade la alasannye .. cam saya dpt matrik .. ade teringin nak masuk tingkat 6 tu .. tapi sekolahnye .. mak aii .. jauh .. takde yg dekat .. bek tinggal asrama ek ..

miss kecoh berkata...

haha.. betul2..setiap orang ada sudut perspektif yang berbeza..cuma apa yang penting kita yang tentukan masa depan kita bukan owang laen

no name berkata...

Assalamualaikum..nk tny.. sy dh kuaq result spm.. mmg xok sgt la kn..sbb xstdy pon..juz kredit smua sbjek.. mula2 ingt nk msuk ipta.. tp bla pkirkn baik msuk form 6..tp bla bdk2 poli kata kt sy.. stpm ssah la dik ini la itu la.. xpyh la.. buang msa la.. trus down smgt tu.. ssah sgt ka.. sbb sy btoi2 nk pulun kali nie..

baca yang ni pulak