Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

6 kartun kesukaan kanak-kanak dahulu

on Jumaat, 27 April 2012



assalamualaikum.. terimbas kembali di zaman kanak-kanak. pada ketika itu astro tidak wujud lagi seperti sekarang.tiada chanel khas untuk kartun . chanel yang ada ketika itu hanya tv 1, tv 2 dan tv3. saya rela mengunci jam seawal 8 pagi untuk bangun awal ketika cuti sekolah semata-mata mahu menonton rancangan kartun kegemaran saya. pada ketika itu, rancangan kartun hanya jarang-jarang sekali disiarkan kecuali hari cuti sekolah.
kartun yang paling saya gemari ketika itu ialah:

  1. doraemon
    saya betul-betul minat kartun ni. dan saya percaya seluruh rakyat malaysia gilekan doraemon ketika itu. .saya selalu berangan ketika saya tak siapkan kerja sekolah doraemon akan muncul dan keluarkan alatnya untuk bantu saya. saya betul-betul percaya doraemon wujud masa tu. hehe.. bila ingatkan balik saya tersenyum seorang diri. saya sanggup mengumpul duit belanja sekolah semata-mata mahu membeli komik doraemon.

2.kluang man
  masa tu, nii lah adiwira pertama malaysia. cite ni banyak pengajarannya. memang best lah cite ni.. sampaikan selalu berangan nak jadi kuat macam kluang man dan boleh bantu orang yang minta tolong.


3. sailor moon.
cite ni gegirl kat sekolah rendah semua minat.sampai masing2 siap chopp yang mana satu dia mahu. dan selalu berangan nak bentukkan geng macam sailor moon. hehe.

 
4. anak-anak sidek
masa ni cite ni meletup.. semua budak-budak sanggup kumpul duit semata-mata mahu beli komik beserta cd. saya juga tidak ketinggalan mendapat komiknya di kedai buku. cerita dia banyak pengajaran yang boleh diambil. ketika itu, saya berangan mahu menjadi seperti anak-anak sidek yang handal bermain badminton. tetapi sampai sekarang saya tak reti bermain badmiton.hehe.




5.power rangers
masa zaman kanak-kanak saya suka tengok cite ni, masing-masing berangan nak jadi hebat macam power rangers termasuklah saya. saya suka power ranger yang kaler pink sebab dia satu-satunya perempuan.hehe

6.dragon ball

masa ni smua budak-budak lelaki gilekan cite ni. cite ni memang best sebab banyak situasi yang terjadi sehingga menimbulkan saspen. saya . kebanyakan budak lelaki menjadikan goku sebagai wira mereka. sehinggakan pandai melukis kartun goku dan menampal kat dalam bilik masing-masing. sehingga sekarang, cerita ni masih terkenal di kalangan kanak-kanak.. astro ceria ada menyiarkan cerita ni dan adik-adik saya sukakan cerita ni.






1 ulasan:

Minah Bunga berkata...

memang kartun kesukaan saya...sampai sekarang..salam singgah & jadi follower ke 351

baca yang ni pulak