ok..jika sebelum ni salji telah melanda di mesir yang kita tahu agak beriklim panas.. kali ini di asia tenggara pun salji turun.. fuhh.. kekuasaan mu Ya Allah.. agak terkejut juga la dapat berita ni. meremang bulu roma... adakah bumi sudah terlalu nyanyuk ?
sebelum ni dikatakan, kawasan pergunungan itu memang bersuhu diingin dan selalu hujan.. kalau kat malaysia macam sejuk macam kat genting highland dan cameroon la kot..tapi kali ini bukan hujan yang turun tapi salji..!!
tapi salji ni dah pernah turun sebelum ni sekitar 19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. ouh.. maknanye dah pernah berlaku kejadian yang sama la sebelum ni.
akibat kejadian salji turun yang jarang sekali berlaku, jalan menjadi sesak dengan kunjungan rakyat Vietnam yang ingin merasai sendiri pengalaman bermain salji. wah..untung nya... maknanya kejadian ni bukan nya pelik sebab ade sumber mengatakan bahawa salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa, wilayah Lao Cai dan Ha Giang. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.
Sumber: Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013 | melvister.com
Sumber: Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013 | melvister.com
ok..ok.. semua ni kekuasaan si Maha pencipta. subhanallah...
kaki nota : uih.. dari dulu berangan nak main baling-baling salji pastu nak bernafas keluar asap kat mulut macam cerite luar negara.