Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kali ini salji turun di vietnam pula !!

on Selasa, 17 Disember 2013
Assalamualaikum..

ok..jika sebelum ni salji telah melanda di mesir yang kita tahu agak beriklim panas.. kali ini di asia tenggara pun salji turun.. fuhh.. kekuasaan mu Ya Allah.. agak terkejut juga la dapat berita ni. meremang bulu roma... adakah bumi sudah terlalu nyanyuk ?



                             Salji turun di kawasan utara Vietnam, iaitu dekat dengan pergunungan Sapa


                                   
       sebelum ni dikatakan, kawasan pergunungan itu memang bersuhu diingin dan selalu hujan.. kalau kat malaysia macam sejuk macam kat genting highland dan cameroon la kot..tapi kali ini bukan hujan yang turun tapi salji..!! 
 tapi salji ni dah pernah turun sebelum ni sekitar  19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. ouh.. maknanye dah pernah berlaku kejadian yang sama la sebelum ni. 

                      
 akibat kejadian salji turun yang jarang sekali berlaku, jalan menjadi sesak dengan kunjungan rakyat Vietnam yang ingin merasai sendiri pengalaman bermain salji. wah..untung nya... maknanya kejadian ni bukan nya pelik sebab ade sumber mengatakan bahawa salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa, wilayah Lao Cai dan Ha Giang. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.
Sumber: Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013 | melvister.com 


 ok..ok.. semua ni kekuasaan si Maha pencipta. subhanallah... 

kaki nota : uih.. dari dulu berangan nak main baling-baling salji pastu nak bernafas keluar asap kat mulut macam cerite luar negara. 

                       
 

kuasa Allah! salji turun di Mesir pertama kali

on Sabtu, 14 Disember 2013
Assalamualaikum...

 Sekarang macam-macam kejadian pelik yang berlaku kat dunia ni. Malam nie kebetulan macam bosan je.. pukul 4 pagi mata duk terkebil-kebil gi tak pejam. tak terfikir nak update blog sebab dah bertahun-tahun tak update dan tak usik.. blog walking punye blog walking, then terjumpa la satu maklumat  bahawa di kaherah mesir, salji turun di bumi yang sebelum ni beriklim panas. bayang kan beb tak pernah terfikir  Salji turun kat Mesir sebab Mesir nie kan panas.. salji tersebut turun pada  hari Jumaat yang dikatakan pertama kali sejak 112 tahun . Subhanallah . Allahu Akbar !  ini semua macam mustahil je..tak caye je,,, tapi tak ada yang mustahil bagi Allah kan? subhanallah.. hebatnya kuasa mu!   tapi.. terasa aneh dengan dunia.. adakah dunia semakin menghampiri kiamat? ramai yang membuat spekulasi begitu..


                                  begini lah keadaan salji yang turun di bumi kaherah

Tiada yang mustahil bagi Allah. kalau Allah nak turunkan salji tu kat malaysia ni.. sekelip mata je semua tu jadi.'' KUNFAYAKUN''.. maka jadi lah. terasa malu dengan diri sendiri.. sedangkan Allah sudah menunjukkan bukti kekuasaannya.. tetapi aku masih hanyut membuat dosa. tersentuh pulak hati malam ni..

   
                                            
                       

                                                              

nota kaki : Allah dah tentukan Qada' dan Qadar untuk turunkan salji di Mesir , Sama macam banjir kat Malaysia. tapi kan berfikir secara logik,, adakah perubahan iklim nie means bumi b'putar songsang sehingga matahari terbit ke tempat yg x sepatutnya. Ya Allah.. aku tak banyak lagi amal kebaikan.. penuh dengan Dosa sahaja. ;(

resahnya memikirkan result STPM

on Jumaat, 18 Januari 2013
Assalamualaikum . hai readers... wah, lamanya tak update. terasa kekok pulak.maaf kerana lama menyepi. miss kecoh agak sibuk bila start masuk tahun baru ni hehe.  asyik kerja kerja kerja aje.. ye lah, daripada menganggur aje lepas STPM baik kerja, duit pun masuk. tak gitu? hehe. gunakan masa yang ada dengan perkara yang bijak. yihaaa...
 
suatu hari nanti..semuanya menjadi realiti. insyaallah~

ok, dah bacakan tajuk update kali ni. eh? apsal? tak suka ke.. sorry la kalau entry kali ni tak menarik langsung. miss kecoh cuma nak luahkan perasaan sebagai budak lepasan STPM. sangat-sangat nerd.
ok? berehh?? 

miss kecoh bukannya nak kecoh tapi dah memang kecoh.hehe kecoh sangat kalau menyaksikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang yang dapat result yang gempak dalam exam UPSR,PMR,SPM mahupun STPM. melihat kejayaan dorang bagai membakar semangat bahawa diri ini tetap ''BOLEH''. YIHAA!    start tu, mulalah berangan kononnya mendapat result yang tak disangkakan.. hati selalu berbisik " kalaulah aku mendapat keputusan yang bagus..mesti semua orang bangga" wah.. bestnya berangan. selalu juga tersenyum menyaksikan bagaimana orang yang gembira menyambut kejayaan. 

miss ni sebenarnya agak takut untuk GagaL. selalu miss fikirkan " kalaulah aku gagal dalam STPM.... kalaulah....kalaulah...kalaulah....huh!" perasaan yang takut sentiasa bersarang dalam minda. bukannya apa, untuk gagal, kita akan rasa kita gagal untuk selama-lamanya, kita jadi tak kuat lagi.. melainkan seseorang itu jenis yang tak berputus asa. tapi jenis miss kecoh nie, miss kecoh sangat tidak kuat untuk menghadapi kegagalan yang besar. miss akan rasa menyesal memilih form 6 kalau GAGAL.bayangkan beb.. kita berkorban untuk masuk form 6 ni tahu.kita study letih-letih,. tiada jalan lain bila anda masuk ke form 6 melainkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.  tapi jika Gagal, tak ke haru? tak boleh masuk U..

miss dah rasa sedih bila terkenangkan result MUET. well, tak perlulah kecoh satu dunia dapat ben berapa walaupun miss dah memang kecoh. cukuplah sekadar anda tahu bahawa miss kena ulang balek... memang miss tak pandai bab writing dan listening tu..uwaaa...sedih memang tak terkata la kan, Tuhan je tahu perasaan ini bila menjadi orang yang GagaL.semua kawan-kawan hebat dan megah dengan result mereka. sebab tu lah bila memikirkan result STPM yang bakal keluar nanti, miss takut miss Gagal.. sebab miss sangat lemah dalam subjek yang wajib lulus yaitu Pengajian Am. andai kata tak lulus..ke manakah hala tuju miss lepas ni? cuba abang-abang dan akak-akak yang berpengalaman cakap?? takut sangat walaupun dapat pointer tinggi tapi pengajian Am Gagal, UNIVERSTITI mana mau ambik miss?..hurmm.. mungkin miss terlalu risau.... tak apa. sekurang-kurangnya dah usaha.

tapi tak apa lah, walaupun hati sentiasa berdebar-debar menantikan result STPM yang bakal diumumkan nanti, hati ini selalu berdoa moga-moga miss dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan diakhirat. AMIM... tolong juga sama-sama doakan kejayaan miss. miss dah usaha, tawakal je lah.. perasaan miss hanya Tuhan yang tahu.  kepada yang sama nasib dengan miss, moga korang semua dapat result gempak jugak... sentiasalah berdoa, insyaallah.

baca yang ni pulak