Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kisah misteri segi tiga bermuda

on Isnin, 30 April 2012


KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.





Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.


Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.








Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.








Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini...



siapakah ustaz you tube adzhar idrus?

on Sabtu, 28 April 2012

-Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
- Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
- Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
- Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
- Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.


    ustaz ni telah menjadi terkenal di you tube dengan ceramahnya yang bersahaja dan mencuit hati. kalau dengar ceramah dia pun tak bosan..

kenapa saya memilih tingkatan 6?

on Jumaat, 27 April 2012

assalamualaikum. kepada lepasan SPM, adakah anda sudah fikir masak-masak kemana hala tuju anda selepas ini? adakah anda ingin memilih universiti,politeknik, kolej, institut atau pilihan terakhir... tingkatan enam?
hurm.. tingkatan enam. berat sekali mendengarnya. seperti tidak berminat dengannya. 

semasa saya memilih untuk masuk ke tingkatan enam, semua orang mempertikaikan tindakan saya. semua orang memandang rendah dan mencemuh " kenapa masuk tingkatan enam? tingkatan enam untuk budak bodoh je la.. kenapa tak masuk poli? kenapa tak buat rayuan ke IPTA?"
 saya hanya diam. 
ada juga yang berkata " tingkatan 6 susah laa... susah. baik tak payah masuk" saya hanya diam sekali lagi. dan ada juga mngenjek saya dan berkata "haha.. tingkatan bererti masuk balik ke sekolah, kena pakai baju sekolah balik..kena ikut undang-undang sekolah. membosankan!" saya hanya tersenyum simpul.entah kenapa saya rasa hanya tingkatan 6 sahaja pilihan saya. saya bertekad, saya ambil 4 subjek yaitu bahasa melayu,sejarah,pengajian am dan pengajian perniagaan. kenapa saya pilih untuk masuk tingkatan enam?

di sini saya berikan sedikit alasan kenapa saya memilih tingkatan 6:
  1. ** saya tak payah susahkan mak ayah saya, belajar kat U kos tinggi.
  2. ** kos yang rendah. , tak payah nak pinjam duit PTPN. lagipun hutang kot.
  3. ** jarak ke rumah dekat. jalan kaki pun boleh sampai, kalau kat U? 
  4. ** tidak terdedah dengan kejutan budaya dan gejala sosial. s
  5. ** menjimatkan masa. 1 tahun setengah je..tup2 dapat diploma. jimat,kan?
  6. ** peluang untuk masuk U cerah jika belajar bersungguh-sungguh. Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  7. ** taraf soalnnya sama kualiti dengan kertas soalan luar negara seperti universiti cambridge.sebab itu ramai cakap tingkatan enam susah sebab soalannya standard seperti kertas soalan luar negara
  8. ** sijil STPM laku di luar negara dan kelayakannya bertaraf dunia. so, jangan pandang rendah form 6.
  9. ** berbanding dengan matrik, sijil STPM laku untuk memohon kerja atau sambung belajar  di mana-mana negara yang anda suka.
  10. ** berbanding di universiti, pelajar bebas bertanya pelbagai soalan melalui peribadi atau umum kepada cikgu. selain itu, pelajar boleh rujuk cikgu pada bila-bila masa yang dia mahu berbanding dekat universiti, semuanya bergantung kepada diri sendiri
  11. ** dapat melatih daya kepimpinan. apabila masuk form 6, anda pasti akan memegang beberapa jawatan penting di sekolah .. hal ini demikian, dapat memberi persediaan untuk masuk ke universiti nanti
  12. ** saya ada prnsip ' susah dulu, kemudian nanti senang lah'
    ** Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige atau High School Certificate(HSC), High School Diploma di US. STPM juga sebenarnya peperiksan universiti Cambridge tetapi kemudian diadakan di IPTA malaysia.13. nama je belajar kat sekolah, tapi sijil bertaraf diploma tauu.
    , **untuk gred bagi STPM, anda boleh rujuk di bawah.
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00


Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00


 itu alasannya. memang tak dapat dinafikan form6 ni susah.saya sendiri mengaku form memang susah. tapi.. semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. kalau kita ikutkan  semua kata-kata negative dari orang, memang kita rasa form 6 ini susah. jadi, pekakkan telinga. cuba motivasi diri. tepuk dada tanya selera, jika kita mahu sesuatu pasti ada jalannya. tiada jalan pendek untuk berjaya melainkan kesusahan. cuba fikirkan sedalam-dalamnya.. adakah tingkatan  6 juga pilihan anda, lepasan spm?? selamat membuat keputusan. 

                  antara kawan-kawan saya pelajar pra-u 2011/ 2012 SMK kompleks mengabang                       telipot,terengganu
apa yang membezakan pra-u dan budak-budak sekolah lain ialah kain hitam bagi wanita dan seluar hitam bagi lelaki.

bersama barisan cikgu yang banyak bagi tunjuk ajar

bsama classmate yang  menceriakan saya.


sekian sahaja, terima kasih. ouh ye, doakan kejayaan saya ye, tahun ni STPM.. doakan ye? harap saya boleh masuk U. k, bye.







6 kartun kesukaan kanak-kanak dahulu




assalamualaikum.. terimbas kembali di zaman kanak-kanak. pada ketika itu astro tidak wujud lagi seperti sekarang.tiada chanel khas untuk kartun . chanel yang ada ketika itu hanya tv 1, tv 2 dan tv3. saya rela mengunci jam seawal 8 pagi untuk bangun awal ketika cuti sekolah semata-mata mahu menonton rancangan kartun kegemaran saya. pada ketika itu, rancangan kartun hanya jarang-jarang sekali disiarkan kecuali hari cuti sekolah.
kartun yang paling saya gemari ketika itu ialah:

  1. doraemon
    saya betul-betul minat kartun ni. dan saya percaya seluruh rakyat malaysia gilekan doraemon ketika itu. .saya selalu berangan ketika saya tak siapkan kerja sekolah doraemon akan muncul dan keluarkan alatnya untuk bantu saya. saya betul-betul percaya doraemon wujud masa tu. hehe.. bila ingatkan balik saya tersenyum seorang diri. saya sanggup mengumpul duit belanja sekolah semata-mata mahu membeli komik doraemon.

2.kluang man
  masa tu, nii lah adiwira pertama malaysia. cite ni banyak pengajarannya. memang best lah cite ni.. sampaikan selalu berangan nak jadi kuat macam kluang man dan boleh bantu orang yang minta tolong.


3. sailor moon.
cite ni gegirl kat sekolah rendah semua minat.sampai masing2 siap chopp yang mana satu dia mahu. dan selalu berangan nak bentukkan geng macam sailor moon. hehe.

 
4. anak-anak sidek
masa ni cite ni meletup.. semua budak-budak sanggup kumpul duit semata-mata mahu beli komik beserta cd. saya juga tidak ketinggalan mendapat komiknya di kedai buku. cerita dia banyak pengajaran yang boleh diambil. ketika itu, saya berangan mahu menjadi seperti anak-anak sidek yang handal bermain badminton. tetapi sampai sekarang saya tak reti bermain badmiton.hehe.




5.power rangers
masa zaman kanak-kanak saya suka tengok cite ni, masing-masing berangan nak jadi hebat macam power rangers termasuklah saya. saya suka power ranger yang kaler pink sebab dia satu-satunya perempuan.hehe

6.dragon ball

masa ni smua budak-budak lelaki gilekan cite ni. cite ni memang best sebab banyak situasi yang terjadi sehingga menimbulkan saspen. saya . kebanyakan budak lelaki menjadikan goku sebagai wira mereka. sehinggakan pandai melukis kartun goku dan menampal kat dalam bilik masing-masing. sehingga sekarang, cerita ni masih terkenal di kalangan kanak-kanak.. astro ceria ada menyiarkan cerita ni dan adik-adik saya sukakan cerita ni.






41 kelebihan menjadi wanita


Assalamualaikum..  dulu,  ketika saya kecil saya selalu  fikir kenapa saya dilahirkan sebagai seorang perempuan dan  bukan lelaki. lelaki kuat sedangkan wanita lemah. lelaki boleh buat apa sahaja yang dia suka spt memanjat pokok, masuk hutan dan lakukan pelbagai aktivi lasak lain sedangkan wanita hanya perlu berada di rumah, tolong ibu di dapur. saya juga merasakan tidak adil, aurat lelaki tidak banyak yang perlu di tutup sedangkan aurat wanita semua harus di tutup termasuklah rambut. saya rasa tidak adil hanya perempuan harus pakai tudung dan lelaki tidak. hehe. bila saya teringatkan balik, saya ketawa sendirian. ahh..fikiran di zaman kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya tetapi saya mampu berfikir jauh ke arah itu.                                                 tetapi,
  bila saya dah meningkat dewasa, saya mula sedar bahawa Allah telah merancang yang terbaik untuk umatnya. Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk hambaNya. dan saya mula sedar bahawa beruntungnya saya dilahirkan sebagai seorang wanita dan bukannya lelaki. kerana terdapat pelbagai kelebihan menjadi seorang wanita.antaranya :



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

gambar orang yang mati syahid

on Khamis, 26 April 2012

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
[Hadith Riwayat Bukhari).


“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaimana seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i - hadits hasan)











"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". AALI IMRAN=169-171



 

kenapa perempuan suka menangis?



wanita memang dikurniakan Allah swt dengan hati yang nurani, bersifat penyayang, dan hati sensitif. perempuan memang amat mudah mengalirkan air mata berbanding dengan lelaki. lelaki pula sikapnya keras, degil dan tidak mahu mempamerkan kelemahannya, suka mempamerkan kegagahannya, sebab tu ramai mat-mat rempit buat aksi di jalanan yang agak berbahaya hanya semata-mata mahu mempamerkan kehebatannya. namun bagi wanita, hatinya amat sukar untuk di baca . mereka sangat mudah beremosi dan  tersentuh walaupun dengan hal kecil. lelaki suka mengetawakan wanita. "haha..benda kecil pun nak nangis.. manja betul" .  biasanya macam tu lah orang lelaki mengenjek orang perempuan yang tiba-tiba menangis kot..hehe.   so lelaki, janganlah ingat perempuan menangis kerana dia lemah. perempuan menangis adalah kerana, ikuti kisah di bawah:



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

gedik. adakah lelaki suka?


apa itu gedik? gedik ialah satu perangai wanita yang berperwatakan kebudak-budakan, mengada-ngada dan manja yang di buat-buat . suara si  gedik biasanya bernada manja yang sengaja di buat-buat, cara dia bercakap tu lain daripada yang biasa,, and cara dia jalan tu mengalahkan model, cara dia gelak. jika diperhatikan pada reaksi muka mereka, si gediks ni biasanya akan menggunakan eksperesi seperti mencebik mulut,  mengecilkan mata, memuncungkan mulut ketika berkomunikasi.hurm ini normal bagi semua wanita tetapi kebanyakan si gediks terlampau mengunakan eksperesi tersebut.dan lain-lain. 
 si gediks ni ada dua kategori. pertama, dia memang dilahirkan bersifat gedik,yang ini memang dimaafkan. dan yang kedua dia sengaja buat-buat gedik untuk dapat market dan juga menarik perhatian lelaki supaya tergoda dengannya. jadi yang mana satu kategori anda si gadis ? adakah yang pertama atau kedua?

Lin Ketong cute girl wallpaper no84133

ada orang cakap, gedik ialah salah satu sifat semulajadi wanita. betul ke? rasanya salah kot. sifat semulajadi wanita ialah manja. manja dan gedik itu berbeza,okay?  persoalannya, adakah lelaki suka dekat perempuan gedik ni? anda si macho suka ke ek? jawapannya di sini:
Clint Eastwood snarls


1. lelaki suka wanita yang manja tetapi bukan perempuan yang gedik.
okay, memang tak dapat dinafikan sifat lelaki ni dia memang mudah tertarik dan tergoda dengan wanita yang     manja. air mata wanita mampu menjatuhkan lelaki, tetapi jika wanita ni lebih-lebih buat manja. itu bukan dinamakan manja lagi tetapi gediks. contohnya, jika si gediks ni terserempak dengan kucing kurap ketika sedang berdating dengan si jejaka dekat kedai mamak, dia pun menjerit macam orang gila dan berkata " i geli lah u.... i tak suka! please halau kucing kurap tu, i tak suke.. u lah ni, i dah cakap i tak suka makan dekat kedai tepi jalan!!" lelaki boleh jadi rimas dekat perempuan yang macam ni. annoying. jumpa kucing kurap macam jumpa hantu jee.. gedik.memalukan. padahal kucing tu comel je.. bukan ade kurap pun.. meoww.

2. lelaki tak suka perempuan yang sosial melebih
sifat cemburu tentu ada pada seorang lelaki. seorang lelaki tidak suka jika teman wanitanya rapat dengan mana-mana lelaki lain. apatah lagi bergaul mesra dan bergurau senda. sifat perempuan gedik kan happy go lucky.. pantang aje lelaki mana mengorat pasti dengan senangnya  bagi nombor telefon. sifat ini memang akan menyebabkan si lelaki cepat panas dan hilang sabar. jika ditegur pasti akan dijawab dengan " alah.. i punye suke lah nak kawan dengan sape-sape pun. i kawan dengan semua orang lah. i ni kan cepat mesra dengan semua orang, lagipun u buknnya husband i lagi ,okay? u tak boleh nak control2 life i"

3.lelaki tak suka perempuan yang kuat membebel

perempuan gedik memang kuat membebel. si lelaki akan rasa boring...boring.. pantang je salah skit,mula lah mulut nak membebel aje.. membebel tu boleh, tapi janganlah setiap 5 minit mulut asyik nak pot pet pot pet.. tension lah kalau camtu.

4. lelaki tak suka perempuan yang suka menunjuk-nunjuk dan suka dipuji
perempuan gedik selalunnya macam ni kan?? dia sengaja nak tunjuk kat orang lain yang dia ada beli baju mahal-mahal untuk dipuji. " you beli kat mana baju ni..cantiklah. tentu mahal!" pujian macam tu pasti akan membuatkan perempuan gedik ni rasa megah dan kembang hidung. dia rasa dia je yang palaing hebat dan cool kat situ, orang lain semua takmampu selain dari dia.hurm, tak perlu nak show off.. orang lain pun ada, tapi tak ada nak hebohkan satu dunia pun yang dia pun ada baju mahal-mahal..cool-cool suda..

5. perempuan yang suka membangga diri serta kuat mengungkit
" alah.. si munirah tu bukannya cantik sangat,pun kalau nak di bandingkan dengan i. dulu masa dia susah, i jugak yang tolong..sekarang, sombong nak mampus. kalau i tahu, i tak ingin tolong."
hurmm... lelaki suke ke dengar cerita umpatan awek-aweknya ketika tengah dating? tak suka kan? lelaki bukannya nak dengar gosip ketika tengah dating,kan? perempuan jenis mulut celupar memang bukan pilihan lelaki..

lindsay lohan lips loool

okay, sekian saja. kalau yang terasa im sorry... 






wanita yang gagah perkasa

on Isnin, 9 April 2012
wauu.. kali ini memang artikel perghh punye. sebab kali ini lain dari yang lain. kepada semua kaum lelaki jangan jeles jika wanita di bawah lagi berotot dari anda semua. hehe.. semua gambar yang ditampilkan kat bawah tiada edit-edit.anda pasti akan terbeliak bijik mata..hoho. memang secara normal dan lazimnya bahawa wanita memiliki bentuk badan yang ramping, slim meling.. tapi...kali ni...haa..tu dia...

yearghh!! you rock bebeh..





pada fikiran anda,adakah lelaki teringin memperisterikan wanita tersebut?

menakutkan!!



gambar wanita yang berotot di atas ialah allina popa yang telah menjadi juara dunia dalam bina badan wanita sejak tahun 2004.
 so, kepada gurls kat luar, anda mahu mencuba bina badan seperti allina di atas? huhu

baca yang ni pulak