Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

muhasabah diri anda

on Selasa, 27 Mac 2012
assalamualaikum..  pernah tak kita fikir tentang betapa bersyukurnya kita berada di bumi yang serba kaya ini, betapa bersyukurnya kita dilahirkan di negara malaysia. betapa bersyukurnya malaysia ini sebuah negara man damai? cuba kita bayangkan jika kita ditakdirkan lahir di bumi yang susah seperti somalia? apa perasaan kita? somalia. anak-anak menangis di sana sini kerana terlalu lapar. setiap satu buku roti sangat berharga. tetapi di malaysia, pembaziran makanan ada di mana-mana. pernahkah kita terfikir  apabila kita sedang tidur nyeyak tetapi ada yang tidak boleh tidur kerana kelaparan?  kita masih tidak bersyukur kerana kita merasakan  kekayaan di bumi malaysia cukup untuk kita hidup. cuba bayangkan jika andai suatu hari semua ini bertukar dengan kesusahan seperti gambar kat bawah? adakah ketika itu baru kita mahu menghargai makanan dan mahu bersyukur atas segala nikmat?







cuba bandingkan dengan kehidupan kita sekarang?

makanan semua lazat-lazat. kalau tak habis buang macam tuu je..

sedang kita tidur di atas katil yang empuk, tahukah kita bahawa ada yang menderita terbaring di atas tanah sedang menahan kelaparan? 



negara kita aman damai tanpa gangguan peperangan.
tetapi....

sedang kita bersuka ria, tahukah kita ada orang yang sedang menderita? ada orang yang berjuang untuk hidup? untuk negara?


saat kita tersenyum, ketawa... ada orang yang sedang menangis menahan derita?


cuba lihat adik atau anak kita? cukup sihat berbanding dengan kanak-kanak yang tidak bernasib baik..
kita mempunyai seorang bapa atau ibu untuk dipeluk. tetapi mereka?


remaja mereka tiada masa untuk bersuka-ria. mempertahankan negara.

remaja kita?




kita sentiasa tersenyum dengan nikmat yang kita kecapi setiap hari, namun tidak pernah kita bersyukur,

cuba ambil masa untuk berfikir... betapa bersyukurnya kita hidup berbanding dengan yang lain.... dan ucaplah syukur ALHAMDULILLAH..

0 ulasan:

baca yang ni pulak