Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

resahnya memikirkan result STPM

on Jumaat, 18 Januari 2013
Assalamualaikum . hai readers... wah, lamanya tak update. terasa kekok pulak.maaf kerana lama menyepi. miss kecoh agak sibuk bila start masuk tahun baru ni hehe.  asyik kerja kerja kerja aje.. ye lah, daripada menganggur aje lepas STPM baik kerja, duit pun masuk. tak gitu? hehe. gunakan masa yang ada dengan perkara yang bijak. yihaaa...
 
suatu hari nanti..semuanya menjadi realiti. insyaallah~

ok, dah bacakan tajuk update kali ni. eh? apsal? tak suka ke.. sorry la kalau entry kali ni tak menarik langsung. miss kecoh cuma nak luahkan perasaan sebagai budak lepasan STPM. sangat-sangat nerd.
ok? berehh?? 

miss kecoh bukannya nak kecoh tapi dah memang kecoh.hehe kecoh sangat kalau menyaksikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang yang dapat result yang gempak dalam exam UPSR,PMR,SPM mahupun STPM. melihat kejayaan dorang bagai membakar semangat bahawa diri ini tetap ''BOLEH''. YIHAA!    start tu, mulalah berangan kononnya mendapat result yang tak disangkakan.. hati selalu berbisik " kalaulah aku mendapat keputusan yang bagus..mesti semua orang bangga" wah.. bestnya berangan. selalu juga tersenyum menyaksikan bagaimana orang yang gembira menyambut kejayaan. 

miss ni sebenarnya agak takut untuk GagaL. selalu miss fikirkan " kalaulah aku gagal dalam STPM.... kalaulah....kalaulah...kalaulah....huh!" perasaan yang takut sentiasa bersarang dalam minda. bukannya apa, untuk gagal, kita akan rasa kita gagal untuk selama-lamanya, kita jadi tak kuat lagi.. melainkan seseorang itu jenis yang tak berputus asa. tapi jenis miss kecoh nie, miss kecoh sangat tidak kuat untuk menghadapi kegagalan yang besar. miss akan rasa menyesal memilih form 6 kalau GAGAL.bayangkan beb.. kita berkorban untuk masuk form 6 ni tahu.kita study letih-letih,. tiada jalan lain bila anda masuk ke form 6 melainkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.  tapi jika Gagal, tak ke haru? tak boleh masuk U..

miss dah rasa sedih bila terkenangkan result MUET. well, tak perlulah kecoh satu dunia dapat ben berapa walaupun miss dah memang kecoh. cukuplah sekadar anda tahu bahawa miss kena ulang balek... memang miss tak pandai bab writing dan listening tu..uwaaa...sedih memang tak terkata la kan, Tuhan je tahu perasaan ini bila menjadi orang yang GagaL.semua kawan-kawan hebat dan megah dengan result mereka. sebab tu lah bila memikirkan result STPM yang bakal keluar nanti, miss takut miss Gagal.. sebab miss sangat lemah dalam subjek yang wajib lulus yaitu Pengajian Am. andai kata tak lulus..ke manakah hala tuju miss lepas ni? cuba abang-abang dan akak-akak yang berpengalaman cakap?? takut sangat walaupun dapat pointer tinggi tapi pengajian Am Gagal, UNIVERSTITI mana mau ambik miss?..hurmm.. mungkin miss terlalu risau.... tak apa. sekurang-kurangnya dah usaha.

tapi tak apa lah, walaupun hati sentiasa berdebar-debar menantikan result STPM yang bakal diumumkan nanti, hati ini selalu berdoa moga-moga miss dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan diakhirat. AMIM... tolong juga sama-sama doakan kejayaan miss. miss dah usaha, tawakal je lah.. perasaan miss hanya Tuhan yang tahu.  kepada yang sama nasib dengan miss, moga korang semua dapat result gempak jugak... sentiasalah berdoa, insyaallah.

baca yang ni pulak