Followers

Free Auto Backlinks From 1Malaysia

.

kali ini salji turun di vietnam pula !!

on Selasa, 17 Disember 2013
Assalamualaikum..

ok..jika sebelum ni salji telah melanda di mesir yang kita tahu agak beriklim panas.. kali ini di asia tenggara pun salji turun.. fuhh.. kekuasaan mu Ya Allah.. agak terkejut juga la dapat berita ni. meremang bulu roma... adakah bumi sudah terlalu nyanyuk ?



                             Salji turun di kawasan utara Vietnam, iaitu dekat dengan pergunungan Sapa


                                   
       sebelum ni dikatakan, kawasan pergunungan itu memang bersuhu diingin dan selalu hujan.. kalau kat malaysia macam sejuk macam kat genting highland dan cameroon la kot..tapi kali ini bukan hujan yang turun tapi salji..!! 
 tapi salji ni dah pernah turun sebelum ni sekitar  19 Disember 2011 dan 13 Disember 2012. ouh.. maknanye dah pernah berlaku kejadian yang sama la sebelum ni. 

                      
 akibat kejadian salji turun yang jarang sekali berlaku, jalan menjadi sesak dengan kunjungan rakyat Vietnam yang ingin merasai sendiri pengalaman bermain salji. wah..untung nya... maknanya kejadian ni bukan nya pelik sebab ade sumber mengatakan bahawa salji dilaporkan turun lagi mulai jam 9.30 pagi sehingga suhu jatuh ke paras beku pada pukul 11.30 pagi di pergunungan Sapa, wilayah Lao Cai dan Ha Giang. Untuk info, hanya kawasan utara Vietnam terutamanya pergunungan Sapa mengalami salji untuk hampir setiap tahun pada bulan Disember. Sapa juga adalah salah sebuah bandar yang menjadi daya tarikan pelancong untuk merasai fenomena salji pada setiap musim sejuk. Vietnam merupakan negara yang mempunyai iklim unik dimana kawasan selatan beriklim Tropika manakala bahagian utara iaitu hanya di Sapa beriklim sejuk atau dingin.
Sumber: Gambar Salji Turun Di Vietnam 15 Disember 2013 | melvister.com 


 ok..ok.. semua ni kekuasaan si Maha pencipta. subhanallah... 

kaki nota : uih.. dari dulu berangan nak main baling-baling salji pastu nak bernafas keluar asap kat mulut macam cerite luar negara. 

                       
 

kuasa Allah! salji turun di Mesir pertama kali

on Sabtu, 14 Disember 2013
Assalamualaikum...

 Sekarang macam-macam kejadian pelik yang berlaku kat dunia ni. Malam nie kebetulan macam bosan je.. pukul 4 pagi mata duk terkebil-kebil gi tak pejam. tak terfikir nak update blog sebab dah bertahun-tahun tak update dan tak usik.. blog walking punye blog walking, then terjumpa la satu maklumat  bahawa di kaherah mesir, salji turun di bumi yang sebelum ni beriklim panas. bayang kan beb tak pernah terfikir  Salji turun kat Mesir sebab Mesir nie kan panas.. salji tersebut turun pada  hari Jumaat yang dikatakan pertama kali sejak 112 tahun . Subhanallah . Allahu Akbar !  ini semua macam mustahil je..tak caye je,,, tapi tak ada yang mustahil bagi Allah kan? subhanallah.. hebatnya kuasa mu!   tapi.. terasa aneh dengan dunia.. adakah dunia semakin menghampiri kiamat? ramai yang membuat spekulasi begitu..


                                  begini lah keadaan salji yang turun di bumi kaherah

Tiada yang mustahil bagi Allah. kalau Allah nak turunkan salji tu kat malaysia ni.. sekelip mata je semua tu jadi.'' KUNFAYAKUN''.. maka jadi lah. terasa malu dengan diri sendiri.. sedangkan Allah sudah menunjukkan bukti kekuasaannya.. tetapi aku masih hanyut membuat dosa. tersentuh pulak hati malam ni..

   
                                            
                       

                                                              

nota kaki : Allah dah tentukan Qada' dan Qadar untuk turunkan salji di Mesir , Sama macam banjir kat Malaysia. tapi kan berfikir secara logik,, adakah perubahan iklim nie means bumi b'putar songsang sehingga matahari terbit ke tempat yg x sepatutnya. Ya Allah.. aku tak banyak lagi amal kebaikan.. penuh dengan Dosa sahaja. ;(

resahnya memikirkan result STPM

on Jumaat, 18 Januari 2013
Assalamualaikum . hai readers... wah, lamanya tak update. terasa kekok pulak.maaf kerana lama menyepi. miss kecoh agak sibuk bila start masuk tahun baru ni hehe.  asyik kerja kerja kerja aje.. ye lah, daripada menganggur aje lepas STPM baik kerja, duit pun masuk. tak gitu? hehe. gunakan masa yang ada dengan perkara yang bijak. yihaaa...
 
suatu hari nanti..semuanya menjadi realiti. insyaallah~

ok, dah bacakan tajuk update kali ni. eh? apsal? tak suka ke.. sorry la kalau entry kali ni tak menarik langsung. miss kecoh cuma nak luahkan perasaan sebagai budak lepasan STPM. sangat-sangat nerd.
ok? berehh?? 

miss kecoh bukannya nak kecoh tapi dah memang kecoh.hehe kecoh sangat kalau menyaksikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang yang dapat result yang gempak dalam exam UPSR,PMR,SPM mahupun STPM. melihat kejayaan dorang bagai membakar semangat bahawa diri ini tetap ''BOLEH''. YIHAA!    start tu, mulalah berangan kononnya mendapat result yang tak disangkakan.. hati selalu berbisik " kalaulah aku mendapat keputusan yang bagus..mesti semua orang bangga" wah.. bestnya berangan. selalu juga tersenyum menyaksikan bagaimana orang yang gembira menyambut kejayaan. 

miss ni sebenarnya agak takut untuk GagaL. selalu miss fikirkan " kalaulah aku gagal dalam STPM.... kalaulah....kalaulah...kalaulah....huh!" perasaan yang takut sentiasa bersarang dalam minda. bukannya apa, untuk gagal, kita akan rasa kita gagal untuk selama-lamanya, kita jadi tak kuat lagi.. melainkan seseorang itu jenis yang tak berputus asa. tapi jenis miss kecoh nie, miss kecoh sangat tidak kuat untuk menghadapi kegagalan yang besar. miss akan rasa menyesal memilih form 6 kalau GAGAL.bayangkan beb.. kita berkorban untuk masuk form 6 ni tahu.kita study letih-letih,. tiada jalan lain bila anda masuk ke form 6 melainkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.  tapi jika Gagal, tak ke haru? tak boleh masuk U..

miss dah rasa sedih bila terkenangkan result MUET. well, tak perlulah kecoh satu dunia dapat ben berapa walaupun miss dah memang kecoh. cukuplah sekadar anda tahu bahawa miss kena ulang balek... memang miss tak pandai bab writing dan listening tu..uwaaa...sedih memang tak terkata la kan, Tuhan je tahu perasaan ini bila menjadi orang yang GagaL.semua kawan-kawan hebat dan megah dengan result mereka. sebab tu lah bila memikirkan result STPM yang bakal keluar nanti, miss takut miss Gagal.. sebab miss sangat lemah dalam subjek yang wajib lulus yaitu Pengajian Am. andai kata tak lulus..ke manakah hala tuju miss lepas ni? cuba abang-abang dan akak-akak yang berpengalaman cakap?? takut sangat walaupun dapat pointer tinggi tapi pengajian Am Gagal, UNIVERSTITI mana mau ambik miss?..hurmm.. mungkin miss terlalu risau.... tak apa. sekurang-kurangnya dah usaha.

tapi tak apa lah, walaupun hati sentiasa berdebar-debar menantikan result STPM yang bakal diumumkan nanti, hati ini selalu berdoa moga-moga miss dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan diakhirat. AMIM... tolong juga sama-sama doakan kejayaan miss. miss dah usaha, tawakal je lah.. perasaan miss hanya Tuhan yang tahu.  kepada yang sama nasib dengan miss, moga korang semua dapat result gempak jugak... sentiasalah berdoa, insyaallah.

video: Yahudi laknatullah berpesta akhirnya Di telan bumi

on Selasa, 25 Disember 2012
Assalamualaikum kepada pembaca, hari ni miss kecoh nak suruh korang baca entry pasal Yahudi yang berpesta akhirnya ditelan bumi. mungkin tajuk atau topik ini sudah lama, tapi tidak salah kalau kita mengambil iktibar.. lihatlah..


Tragedi berlaku di Jerusalem, Israel. Tahun 2001. Mereka sedang mengadakan majlis meraikan perkahwinan di situ. Yang terkorban kesemuanya yahudi. Mudah mudahan tragedi ini menerbitkan rasa insaf pada golongan muslim yang gemarkan majlis keraian sebegini (berdisco, clubbing dan sewaktu dengannya). Sekiranya masih berterusan melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah, tidak mustahil satu hari nanti, tragedi seperti ini berulang lagi, cuma bezanya, yang terkorban bukanlah yahudi, tetapi yang beragama islam.Nauzubillahi min zalik.










Yahudi memang patut diberi balasan sebegini. Ini hanya sikit Allah balas...  dorang memang patut pun kena macam ni sebab doranglah satu-satunya kaum yang paling jahat sekali.  Lantai runtuh sebab diorang asyik terlompat-lompat macam keturunan moyang mereka yang jadi kera.. so ape kata pembaca semua? Tak nak komen ke?

5 coklat termahal di dunia

on Ahad, 23 Disember 2012
aSSalamualaikum.... hohoiiii... rindunye nak update blog setelah 3 hari tak terusik. hehe... seronok ni tau sebab baru je lepas balik dari melancong ke Langkawi..yihaaaa,,,best gile! macam-macam tempat miss kecoh dan family telah lawati..memang best gile-gile. apa yang paling best ialah........>>>

                                                   shoping coklat...coklat....coklat.....

hanya itu yang mampu ku  beli.  memang kalau boleh nak borong satu kedai sebab harga memang murah-murah.  sebab apa murah? memang langkawi terkenal dengan barangan coklat yang bebas cukai.. kalau nak borong coklat murah datang la kat langkawi ni.. memang best. memandangkan miss kecoh memang penggemar coklat, miss kecoh nak ajak korang baca entry pasal coklat..semua orang suka coklat kan terutamanya golongan  kanak-kanak dan para wanita. tahukah korang coklat yang paling termahal dan tersedap di dunia boleh mencecah nilai nilai ribuan ringgit nilai malaysia?

1. Chocopolagie


haa.. sekali tengok macam tak menarik langsung. ..percayalah ni lah coklat yang paling mahal sekali! korang tak akan mampu punya.telan air liur je la..

* Pencipta: Knipschildtni * Harga: US$ 2.600  per 450 gram
* Tempat: Norwalk, Connecticut



2. Noka

                                 

* Pencipta: Noka Vintages Collection
* Harga: US$ 854  per 450 gram
* Tempat: Dallas, Texas


.3. Delafee


                                 
Pencipta: Delfee ©
* Harga: US$ 504  per 450 gram
* Lokasi: Neuchatel, Swiss



4. Richart

                       
* Pencipta: Richart ©
* Harga: US$ 120 (sekitar 1,2 juta) per gram
* Lokasi: Lyon, Perancis

5. Godiva


             

* Pencipta: Godiva "G" Collection
* Harga: US$ 117 per pon
* Tempat: New York City, New York

only in InDia

on Selasa, 18 Disember 2012
haha...sedang kebosanan lantas pergi la taip merapu-rapu kat google. tiba-tiba pulak terserempak dengan gambar epic ni huhu. ouh.lupa nak bagi salam. Assalamualaikum kepada pembaca yang beragama islam. hehe... ntah kenapa lucu plak tengok gambar-gambar ni. entah la kat Malaysia ade  ke tak perkara ni.. jumm Layannnn....




india-001

india-002

india-004

india-005


india-007

india-008

india-010

india-011

india-012

india-013

india-015

india-020

india-022



korang pernah ada pengalaman seram kat sekolah tak?

on Ahad, 16 Disember 2012

Assalamualaikum.. tiba-tiba teringat kisah seram yang berlaku kat aku dulu. setiap sekolah ada cerita seram,kan? cerita ni tak tahulah seram ke tak bagi korang.  cerita dia dah lama. masa tu aku form 1 dan aku duduk kat asrama. sekolah aku tu  memang glemour la pasal cite seram pasal hantu jepun la.. hantu orang tua lah. masa mula-mula aku melangkah kaki masuk kat sekolah tu, aku dah diceritakan daripada budak-budak senior bahawa dekat blok F yang hujung sekali yang tak diusik tu sebenarnya dikatakan agak 'keras' sebab tu tak dibuka untuk kelas. blok F tu dahulu pernah terjadi peristiwa ngeri. Ada seorang pelajar yang tidur dekat katil atas yang dua tingkat mengigau dan berdiri di atas katil yang sedia tinggi pastu kepalanya terkena kipas yang ligat memusing dan lalu dipancung kipas sehingga kepalanya tergolek-golek masuk ke dalam baldi. sehingga sekarang darah yang memancut masih ada kat dinding.

                                                   
    aku pada awalnya memang seram gile dengar cerita tu. tapi aku tak tahulah akan kebenaran cerita tu, sebab cerita tu macam rekaan je. aku ignore je lah. ok, nak dijadikan cerita. pada suatu hari.... jeng jejeng! haa... aku nak ke sekolah awal pada hari tu sebab nak siapkan kerja sekolah yang bukunya aku tertinggal dekat bawah meja. takut dirotan punya pasal aku rela ke sekolah seorang diri tanpa ditemani dan makan pagi walaupun lampu sekolah tak dibuka lagi.. aku ingat aku pergi dalam pukul 6.20 kot..masa tu dah la hujan. lagi la gelap..
                                                       

     sedang aku dalam perjalanan nak sampai kat kelas, aku sempat menjeling ke arah blok F yang dikatakan berhantu tu. huhh.. tak ada apa-apa pun. dan cerita aku ni tak ada kena mengena dengan blog F. so,aku jalan perlahan-lahan sebab simen licin terkena percikan  air hujan. aku melangkah dengan perasaaan releks menuju ke kelas. tiba-tiba aku rasa macam tak sedap hati dan seram sejuk tapi aku buat cool je, aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba rasa macam tu.sampai tepi kelas, tiba-tiba aku terpandang satu benda aneh dekat tingkap kelas aku....bergoyang... aku berhenti melangkah. eh, apa tu... jantung aku berdebar sampai nak pecah. setelah diamati benda yang bergoyang tu adalah tangan.bukan tangan biasa. tangan yang amat pucat. eh? tangan sapa? tak kan kawan aku nak kenakan aku kot? biasa dorang mari pun paling awal dalam pukul 6.45 am. awal lagi.lampu kelas tak dibuka lagi.. memang gelap lagi kat situ.  aku dengan berani menegur " hey..sapa tu! jangan kenakan aku!" setelah ditegur kan, tangan yang pucat tu berhenti bergoyang dan macam.. macam nak sentuh aku. aku pun apa lagi... bukak seribu langkah walaupun kaki aku ni terasa macam kaku.. aku berlari tak pandang dah belakang.. mulut aku terkumat kamit baca surah yang aku ingat.. dalam keadaan gelap aku lari dalam lintang pukang aku pun macam terlanggar sesuatu. aku pejam mata tak berani buka. " hey.. kenapa ni? " tegur kawan aku kehairanan.
                                     

  aku membuka mata dan lega melihat kawan aku dan lantas memeluk kawan aku... tak ada apa yang aku boleh cakap melainkan "hantu..hantu...hantu!" kawan aku suruh bertenang. dia suruh aku tunjukkan kelibat hantu tangan tu.. meskipun aku tak hilang lagi takut, tapi aku jadi berani sikit sebab berdua. tapi bila sampai kat kelas tu, kelibat tangan tu hilang. yang anehnya tingkap kelas tertutup rapi...  kawan aku menggelengkan kepala sambil tersenyum dan berkata " apa lah kau ni.. banyak sangat dengar cerita hantu... !" aku hanya diam sebab aku tahu aku tak bermimpi dan dah berapa kali aku menggosok mata. ramai yang tak percayakan aku dan anggap aku ni penipu, penakut...  dan, aku tak boleh fokus dalam kelas dan kerja sekolah yang aku nak siapkan, aku tak buat. dan akhirnya... aku kena denda ...

tu lah ceritanya. tak tahulah sama ada aku bermimpi atau betul... kawan aku buat andaian " kot tangan pak guard kot..mana tahu dia tidur kat kelas kita" ishh... tak logik langsung. apa pulak pak guard tidur dalam kelas,,,  masalahya,, tangan siapakah yang misteri itu??  korang ada cerita seram kat sekolah dulu?




anda ada sahabat baik tak?

on Jumaat, 14 Disember 2012



assalamualaikum... ishh ..rasa janggal plak. lame dah tak update blog. yes..dan kini aku bebas pada 12.12.12..aku bebas dari STPM. yihaaa!  korang semua mesti dah lupekan aku tak? mentang-mentang aku lama menyepi... sobss..xpe lah, aku tak glemour dan blog aku bukan glemour pon. tak menarik dan sangat huduuuuuh. x macam blog korang,kan. . . kan. . sobss.

so, hari ni aku nak cerita pasal sahabat baik aku. korang ade? tentu la setiap orang ada BFF kan..  tapi, aku punya BFF sangat-sangat-sangat terbaekkk di dunia ini. aku sayang sayang sangat kat dia ni..  aku dah anggap dia ni macam saudara sendiri. nak tau sape? jeng..jeng...jejeng!!

                                                       top>>>
aku bagi markah A untuk sahabat aku yang ni....

inilah orangnye...kecik molek dan sangat pemalu


budak yang comel ni nama Farah syazwani bt Mat rashid. pemalu orangnya.. bukan sahaja pemalu tapi comel, pintar dan baik hati. 

dia ade saat aku sedih, gembira dan saat aku ada masalah dia lah pendengar setia. . masa semua orang pulaukan aku,, dia lah yang sentiasa menemani aku, faham aku...menangis bersama-sama.  pulau? hehe.. kenapa? biarlah rahsia... yang pasti, memang susah dah jumpa kawan yang boleh ajak menangis bersama-sama. korang ada? 

                             sayang FARAH




pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

ye..aku suka pepatah arab tu. saat aku mengenali Farah. aku mula jadi semakin bersemangat nak belajar.. dulu serius aku ni sangat pemalas. farah lah yang banyak sangat memotivasikan aku. saat aku nak give up, dia cepat-cepat bagi dorongan.  bagi aku, Farah ni... doktor pakar motivasi aku.  Dia la inspirasi aku sebab dia ni best student..setiap kali dia dapat banyak markah dalam peperiksaan aku selalu persoalkan " kalau dia boleh kenapa aku tidak? "  tapi, orang lain salah anggap yang aku ni bajet... sedih... 

Dulu, kami pernah janji nak masuk UPSI bersama-sama. nak jadi pendidik..hehe..  tapi aku ni yang ala-ala rock ntah la..susah nak cakap.. aku tak sehebat dia.. aku cuma pelajar biasa.. moga kita berjaya ke menara gading, sahabat.. :)

Farah,, ketahuilah. engkaulah sahabatku  yang  terbaik yang pernah aku kenal. belum pernah aku jumpa sahabat yang baik seperti kau. terima kasih sanggup berkawan dengan aku walaupun aku ni.... degil, keras kepala, dan sifat aku yang macam budak-budak ni...   hanya kau yang fahami aku. :) kalau lah kita tak jumpa lagi suatu hari nanti, jangan lupa aku di sini. aku tau engkau akan berjaya mencapai cita-cita mu yang tinggi..  


hurm... belum abis cerita....  syahira yusuf juga sahabat baikku.. nak kenal tak sapa orangnya? jeng jejeng!

                                                top>>> >>>
ini lah dia... baik sangat orangnya...

jangan marah ira sebab kategori anda B. sebab mungkin saya lagi rapat lagi dengan farah. tapi awak kawan saya jugak. sayang awak.... :)


    Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah…dan inilah orangnya. selalu bercakap pasal Agama. kalau aku tak tau pasal agama, tanya je dia.. ade jawapannya. aku suka sangat kawan dengan dia ni..  banyak ilmu agama aku dapat berkawan dengan budak ni.  kadang-kadang tegas budak ni.. kadang-kadang boleh di ajak bergurau kasar hehe.. thanks ira. i love u.. :)


                                                           
  
dan...kategori 

untuk sahabat sekelas..... sayang jugak kamu....
kawan sekelas yang banyak menceriakan hidup aku.sorry anda sahabat kategori C. jangan kecik ati...  tapi, semuanya tak ada beza, saya tetap sayang kamu-kamu semua..
                                                         
                                            

hey guys... boring ke story ni? hehe... sorry la.. touching skit... korang ada sahabat baik tak? mention sikit.. :)

p/S : MATA NI kan selalu perhatikan kawan-kawan saya...  kita akan berpisah kawan. see u all masa ambik result STPM... sobsss..

ouh layan lagu ni kejap...

                                                         







VIDEO- hantu yang berjaya dirakam di jepun

on Ahad, 2 Disember 2012
EEE.....seram pulak tengok video kat bawah ni. apa kata anda? adakah kebetulan atau rekaan? jum kita cari hantu kat dalam video ni.....




VIDEO- pejuang islam ini masih sempat bersolat sebelum mati syahid

menitis air mata melihat VIDEO ni. kita di negara yang aman masih tak mahu bersolat, masih sombong dengan Pencipta. sedangkan di negara islam yang lain dihujani dengan peluru,, bangkit menentang kafir laknatullah.....
       




tenanglah kamu di sana.... syurga lah tempatmu para syuhada..

VIDEO yang perlu AMERIKA tengok

on Ahad, 25 November 2012





ini adalah video berkenaan seorang budak yahudi yang telah mabuk. dikatakan ada seorang budak Amerika merakam budak yahudi yang sedang mabuk.  budak yahudi itu terus marah dan memakinya. Antara makiannya

" screw you... Nazi! dont take a picture. im break ur camera! fuc* ! we dont need picture!"
" we kill jesus we proud it!! "
"This is  our land... you get the fuc* out of here!! "

" we'r gonna kill you and palestin..you....nazi!"

" this is my land god gave it to me....you...


setelah melihat video ini, apa yang anda boleh simpulkan? Amerika yang beragama kristian bersekutu dengan yahudi. sedangkan, jesus yang dianggap nabi isa telah dibunuh oleh orang yahudi.. mereka malah bangga dapat membunuhnya. jadi,, kenapa Amerika boleh bersekutu dengan Yahudi?? seharusnya mereka membenci yahudi.... ini lah agenda Yahudi ... 

FOKUS sejarah stpm 2

on Rabu, 21 November 2012
Artikel kali ini sesuai untuk kawan-kawan yang akan menghadapi STPM sejarah kertas dua yang akan berlangsung pada 29 november pada hari khamis ini. sudAHkah anda semua bersedia?


jika belum bersedia, anda harus menguasai dan mahir semua  tema 1 sejarah asia dan sejarah Malaysia.

fokus sejarah MALAYSIA: 
1.Kuasa raja sebelum kedatangan barat
2.perubahan golongan diperintah selepas kedatangan barat
3.hukum adat di malaysia sebelum kedatangan barat
4.struktur sosial masyarakat melayu

fokus sejarah ASIA:
1.struktur dan peranan pebesar siam dan jepun sebelum kedatangan barat
2.adat india dan china
3.sistem pembesar china dan jepun
4.dasar isolasi china dan jepun
5.ekonomi sara diri vietnam dan filiphina
6. sistem beraja china dan jepun sebelum kedatangan barat
7. dasar pemencilan siam dan vietnam abad ke 19

AMARAN!! jangan terlalu fokus peruncingan di atas. kemungkinan masuk atau kemungkinan tidak. untuk berada dalam keadaan selesa, BACA SEMUA tema 1. 

pengajian am STPM 2012 contoh esei laras dasar teknologi hijau

on Rabu, 14 November 2012

soalan : dasar teknologi hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yang memerlukan komitmen semua pihak. bincangkan potensi teknlogi ini dan cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan dasar teknologi hijau.

ok. yang pertama buka mata anda luas-luas. fahami kehendak soalan. dah faham apa soalan nak? soalan di atas mahukan potensi dan dan cabaran untuk merealisasikan dasar teknologi hijau. anda perlu faham, potensi bukan bermaksud KEPENTINGAN. ia berbeza. tolong jangan KELIRU. jadi skop soalan ialah 2+2, iatu potensi serta cabaran.

ok sebelum tu, untuk mengarang dengan lancar.. anda perlu fahami apa itu 'teknologi hijau'. 
Teknologi Hijau =teknologi yang menggunakan segala kaedah, metodologi, teknik dan bahan yang berasaskan sumber semulajadi, bahan kitar semula yang 'non-toxic' kepada alam sekitar dan kehidupan.

langkah seterusnya, anda perlu fikir secepat yang boleh dan buat  mind map. kembangkan isi .

persedian esei pengajian am untuk exam STPM 2012

on Selasa, 13 November 2012

anda tertekan? belum bersedia untuk tarikh 19 november 2012 ini? untuk pelajar STPM seperti anda, detik itulah yang paling mendebarkan. pada hari isnin pukul 8 pagi kita akan mula menduduki peperiksaan STPM subjek pengajian am.  sudahkah anda bersedia? tentu anda sibuk mencari soalan sport di internet. sebenarnya,  kita perlu bersedia tanpa mengharapkan soalan sport. untuk soalan  esei , anda perlu membaca soal isu semasa yang tidak belum ditanya dalam peperiksaan lepas. pastikan anda memahami kehendak soalan dan membaca dengan teliti kata kunci yang diberikan.

contohnya. untuk soalan laras sastera.

1. perkembangan dalam bidang ekonomi telah meningkatkan peranan perniagaan francais dalam negara. jelaskan sumbangan sistem francais dan peranan kerajaan meningkatkan penyertaan rakyat dalam perniagaan tersebut. ==2 sumbangan 2 peranan kerajaan

3. isu pemerdagangan manusia memberi impak yang besar kepada negara, jesteru langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi menanganinya.== 2 kesan negatif 2 langkah menanganinya

soalan yang tidak pernah keluar lagi dalam laras sastera termasuklah pendatang tanpa izin, pelancongan



laras sains

1. dasar teknologi hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yang memerlukan komitmen semua pihak. bincangkan potensi teknologi ini dan cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan teknologi hijau. ==potensi dan cabaran

2.beberapa pembunuhan dan keganasan yang membabitkan individu yang mempunyai masalah mental semakin membimbangkan. ia dikatakan berpunca daripada tekanan hidup yang semakin mencabar. sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?==1 punca daripada tekanan hidup dan 3 punca lain

3.. kemajuan dalam teknologi maklumat banyak membantu masyarakat moden pada hari ini. namun begitu, jika disalahgunakan boleh membawa padah. bincangkan penyataan ini. ==dua kebaikan 2 keburukan

soalan yang tidak pernah keluar lagi dalam laras sains ialah isu alam sekitar dengan tanah runtuh.
yang lain tolong baca juga, jangan percaya 100%. teruskan mencari isu semasa.

--good Luck......




kucing bersayap di CHINA?


CHINA.. macam-macam kejadian pelik berlaku. entah la kenapa. asyik-asyik china aje yang ada kejadian pelik. kali ni pulak, kes kucing ada sayap. tak tahulah kalau cerita ini cerita lame. tapi, macam tak logik kot. kucing ada sayap? huh.. bulu je kot macam sayap..jum kita tengok


gambar kucing bersayap china

gambar kucing bersayap china

gambar kucing bersayap china

gambar dan sumber: http://fitrihadi.com/2012/07/gambar-kucing-bersayap-china/

baca yang ni pulak